Pas akui guna gambar ahli UMNO jadi bahan kempen tanpa kebenaran

TAPAH – Pas akui telah menggunakan gambar tanpa kebenaran seorang ahli UMNO bersama calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek untuk dijadikan poster bagi hebahan kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Sehubungan itu, Pas yang ketika ini akrab bersama akar umbi parti tersebut memuktamadkan keputusan untuk tidak menggunakan poster yang menampilkan individu di kalangan ahli UMNO.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, ketetapan itu dibuat selepas berlaku kesilapan dalam menentukan perincian bahan hebahan bagi kempen PRK DUN Ayer Kuning yang tidak membuat semakan ke atas latar belakang individu terbabit, sebelum menampilkan lelaki berusia 68 tahun pada poster berkenaan.

“Biasanya macam sesetengah (pengundi) kadang-kadang duduk kacau (goreng) kuetiau bersama mereka, kita akan buat kapsyen sebagai orang yang mesra (terhadap Perikatan Nasional, PN).

“Kita pun tak tahu kalau dia ahli UMNO atau bukan, kecuali kita fitnah dia ahli UMNO dan tiba-tiba kita pakaikan baju Pas (atau) PN.

“Seterusnya. kita buat kapsyen: ‘dia telahpun sokong…’ (perkara ini) tiada apa-apa (yang menyalahi peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954). Kapsyen gambar terbabit pun kita tengok dia (calon PN pada PRK DUN Ayer Kuning, Abdul Muhaimin Malek) duduk dengan masyarakat,” katanya pada sidang media di pusat operasi PN bagi PRK Ayer Kuning, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya insiden seorang warga emas dikatakan tidak berpuas hati apabila gambarnya digunakan pada poster PN tanpa kebenaran yang tular di media sosial, semalam.

Dalam pada itu, Idris berkata, PN tiada masalah untuk menarik balik bahan kempen yang mengundang kritikan baru-baru ini kerana memaparkan gambar seorang ahli UMNO tanpa kebenarannya.

Menyifatkannya sebagai perkara kecil,
Idris berkata, Pas bersedia untuk memohon maaf kepada individu terbabit kerana menggunakan gambarnya tanpa kebenaran pada bahan hebahan bagi kempen PRK itu.

“Kalau tak setuju (berhubung poster), kita boleh turunkan dan minta maaf. Kalau tak bagi guna (gambar tersebut), tak ada masalah. Kita akan turunkan, tiada masalah.

“Kita pun tak tahu kerana waktu begini kita bukan kenal dia orang (ahli atau penyokong) Pakatan Harapan (PH) dan sebagainya.

“Kita cuma ambil gambar masyarakat, ada bercakap dan ada bersembang. Kalau ini mahu dijadikan alasan (kontroversi) beratlah,” katanya.

Terdahulu, menerusi video yang dikongsikan di media sosial, seorang lelaki yang mendakwa menjadi individu yang dipaparkan pada bahan kempen PN tanpa kebenaran menegaskan beliau ahli seumur hidup UMNO.

Ahli UMNO itu menegaskan gambarnya digunakan PN tanpa kebenarannya dan  laporan polis telah dibuat dua hari lalu berhubung perkara itu.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Februari lalu.

Related Posts

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya