Kesilapan kecil sistem pemilihan tidak jejas ahli PKR tunai tanggungjawab

SUNGAI PETANI – Kesilapan teknikal dikesan menerusi sistem pemilihan dalam talian bukanlah penghalang demokrasi secara adil dilaksanakan sekali gus mencapai matlamat pengundian.

Ahli Parlimen Sungai Petani yang juga merupakan Ketua Cabang Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, ia hanya kesilapan kecil yang dikesan namun tidak menghalang pertandingan secara adil dilaksanakan menerusi pemilihan parti berkenaan.

Beliau, bagaimanapun yakin bahawa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) akan melakukan penambahbaikan dan memastikan tiada permasalahan yang timbul sekiranya pemilihan dilaksanakan di peringkat pusat nanti.

“Saya mendapatkan respons daripada pihak JPP… pengerusinya sendiri, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa… ini adalah sistem baru yang diperkenalkan, lebih telus, lebih adil dan ketat… sudah semestinya sistem yang baru ini akan ada implikasi, maknanya akan ada sedikit ‘glitch’ dan sebagainya, jadi ini adalah salah satu yang berlaku sebenarnya, tetapi dapat ditangani dengan baik dan paling penting adalah kita nak memastikan bahawa sistem ini telus.

“Mereka yang dipilih itu benar-benar membawa suara akar umbi, membawa suara rakyat, suara keadilan itu sendiri dan bagi saya ini hanyalah ‘minor glitch’ dan JPP telah melaksanakan tugasannya dengan cukup baik untuk memastikan ketelusan itu berlaku,” katanya.

Orang ramai yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 Parlimen dan Cabang Sungai Petani pada Ahad.
Beliau ditemui media ketika menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 Parlimen dan Cabang Sungai Petani pada Ahad.

Hadir sama, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang merupakan bapa kepada Mohammed Taufiq.

Jelas Mohammed Taufiq, penggunaan teknologi baharu dalam sistem pemilihan kali ini membuktikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berani membuat perubahan ke arah masa depan parti dengan membawa suara akar umbi.

“Jadi kita menyokong ke arah perubahan tersebut tetapi setiap perubahan itu pastinya akan melibatkan sedikit kekurangan dan sebagainya… cuma kita perlu tambah baik perkara tersebut dan saya rasa JPP dah cuba melakukan yang terbaik menggalas tanggungjawab dan amanah yang telahpun diberikan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pengundian bagi pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang PKR seluruh Kedah dibatalkan pada Jumaat dan dilaksanakan semula pada Sabtu disebabkan masalah teknikal pada aplikasi pengundian.

Terdahulu Zaliha dilaporkan berkata, PKR memperkenalkan teknologi blockchain dalam sistem pemilihan parti bagi memastikan tahap keselamatan dan ketulenan data pengundi dalam talian, selain menjamin integriti pengundian.

Menurutnya, mekanisme sekuriti itu diperkenalkan dan pengundi dalam talian perlu mengesahkan identiti mereka dengan mendapatkan nombor pas pengesahan transaksi (OTP) melalui nombor telefon yang berdaftar serta melalui pengesahan pengecaman wajah.

Related Posts

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

GEORGE TOWN – Tiada sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Kalau sudah pilih rumah sebelah, jangan pegang kunci rumah lama’ – Mahfuz

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan jika diarahkan Perdana Menteri. Menurut Mahfuz, isu sebenar bukan tentang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah