AMANAH Perak lapor polis, calon PN manipulasi tauliah mengajar agama

TAPAH – Pemuda AMANAH membuat laporan polis terhadap calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek selepas didakwa memanipulasi tauliah mengajar agama di Perak.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Perak, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir berkata, calon terbabit seharusnya melepaskan semua jawatannya dalam politik selepas memperoleh tauliah daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 2024.

Menurutnya, ini bukan sahaja melanggar peraturan yang sedia ada, malah mencemarkan nama baik agama, malah ia satu penghinaan terhadap institusi diraja dan derhaka kepada titah Sultan Perak.

“Boleh semak dalam garis peraturan pekeliling yang telah di’endorse’ oleh Tuanku Sultan Perak mengatakan ahli politik yang berjawatan dilarang menyampaikan kuliah di masjid. Beliau (Abd Muhaimin) ketika ini memegang jawatan dan ada kepentingan dalam parti yang sepatutnya tidak berlaku.

“Justeru, saya menyeru pihak berwajib untuk mengambil tindakan dan laporan polis dilakukan untuk minta ia disiasat dalam memastikan ada tindakan tegas sekiranya terbukti wujud penipuan atau salah laku dilakukan,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tapah, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ahmad Munzirie berkata, kontroversi yang melanda Abd Muhaimin bukanlah isu remeh berikutan melibatkan maruah institusi agama, integriti pentadbiran negeri dan kedaulatan Raja Berpelembagaan.

Jelasnya, Sultan Perak telah berkali-kali memberi peringatan dan amaran secara terbuka agar institusi agama tidak disalahgunakan untuk kepentingan ahli politik.

“Maka cubaan untuk memanipulasi proses tauliah adalah satu bentuk penderhakaan terhadap titah dan amanah yang telah diperkenankan Tuanku. Tindakan itu juga berkemungkinan pemalsuan maklumat ataupun dokumen rasmi yang merupakan satu kesalahan jenayah serius.

“Rakyat Perak berhak mengetahui kebenaran dan kita semua wajib menolak mana-mana individu yang memperalatkan agama untuk meraih kuasa dan sanggup menipu untuk kepentingan diri,” katanya.

Berdasarkan Peraturan-peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak melarang individu berjawatan politik mengajar atau bersyarah di masjid dan surau di Perak, walaupun mempunyai tauliah.

Individu dilarang berbuat demikian ialah ahli yang memegang jawatan dalam parti politik; anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara; Ahli Dewan Undangan Negeri; bekas ahli politik yang aktif dalam kegiatan politik serta calon pernah bertanding dalam pilihan raya.

Pelaku berdepan hukuman denda maksimum RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 108 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992 pula memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan bersalah kerana mengajar pengajian Islam tanpa tauliah.

Terdahulu, calon PN bagi PRK Ayer Kuning, Abdul Muhaimin Malek mengambil sikap ‘mengunci mulut’ berhubung dakwaan menipu JAIPk bagi memperoleh tauliah mengajar agama.

Beliau ketika ditemui media komited menolak untuk mengulas isu melingkari dirinya berkait kontroversi memalsukan kelayakan akademik walaupun timbul persepsi negatif daripada pelbagai pihak, khususnya penduduk di Ayer Kuning.

Yang Dipertua Pas Tapah itu sebaliknya berkata, tuduhan itu hanyalah provokasi yang sengaja dicetuskan oleh pihak lawan bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap PN.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini