Pak Lah meninggal dunia di Institut Jantung Negara

PERDANA Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 7.10 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Berita kematian Abdullah ataupun lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah itu dikongsikan menantunya, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran Instagram Story.

“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 pm di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Al-Fatihah,” kata hantaran itu.

Untuk rekod, Abdullah memimpin negara selama enam tahun sebelum beliau sendiri meletakkan jawatan dan digantikan timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada 2 April 2009.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Tun Jeanne Abdullah dan empat orang anak.

Berita pemergian Pak Lah itu turut menerima ucapan takziah daripada pemimpin utama negara.

Antaranya Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Penasihat DAP, Lim Guan Eng.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula