MCMC bantu polis siasat video tular pemilihan PKR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkaitan video tular melibatkan calon dalam Pemilihan PKR Peringkat Cabang di Perak dan Perlis.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siasatan itu berkaitan dakwaan melakukan ugutan serta hantaran maklumat bersifat jelik di laman Facebook.

“Setakat ini, saya belum semak secara keseluruhan dengan pihak MCMC… tapi ada dua isu yang berbangkit, satu video yang menuduh seorang calon mengeluarkan senjata api, di mana video itu tular dan calon tersebut (Perak) menafikan dan membuat laporan polis.

“MCMC juga akan membantu dalam siasatan kerana dia berkait dengan video yang disebar dan ditularkan dalam beberapa platform media sosial.

“Kedua, melibatkan satu hantaran dalam platform Facebook berkait penyalahgunaan rangkaian untuk menghantar maklumat kandungan bersifat jelik melampau.

“Ini bersifat tuduhan liar terhadap seorang calon di negeri Perlis,” katanya kepada media selepas majlis Aidilfitri di ibu negara, malam tadi.

Fahmi berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak MCMC berkaitan kes serta aduan yang diterima berhubung perkara tersebut.

“MCMC akan memainkan peranan sebagai penganalisis teknikal untuk buat beberapa pengesahan.

“Mula-mula melibatkan pengesanan akaun asal yang menyebarkan (video) itu,” katanya.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima