
TAWAU – Seorang pelajar lelaki yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam kemalangan di Batu 15 Jalan Apas, pada Ahad.
Insiden pukul 3 petang membabitkan motor ditunggang mangsa dan sebuah pikap mengakibatkan mangsa berumur 18 tahun berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketu Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari perumahan Ranggu menuju ke Semporna manakala pemandu pikap seorang lelaki berumur 51 tahun dari ladang ternakan ayam di Quion Hill menuju ke Kampung Kinabutan.
“Kemalangan berlaku apabila
pemandu pikap keluar dari simpang Jalan Quion Hill lalu masuk ke lorong kanan
bagi membuat pusingan ‘U’ telah dilanggar oleh penunggang motosikal yang
berada di jalan lurus di bahagian tepi belakang sebelah kiri pikap tersebut.
“Akibat kemalangan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian sementara pemandu pikap tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.








