Pengawasan untuk tujuan keselamatan, perkara biasa bagi VVIP – Saifuddin

DATUK Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar perlu cakna bahawa posisinya sebagai Menteri Besar Terengganu perlu ditemani pihak berkuasa pada setiap masa bagi tujuan keselamatan dan ini adalah situasi biasa untuk VVIP di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian bagi menjawab dakwaan Ahmad Samsuri kononnya beliau diintip secara ‘menyeluruh, senyap dan berterusan’ oleh pihak berkuasa.

“Sebagai Menteri Besar, pergerakan beliau ditemani seorang pegawai polis untuk tujuan keselamatan pada sepanjang masa. Tiada keperluan ‘spy’ beliau kerana polis memang sentiasa bersamanya.

“Saya sendiri pernah tersenarai (untuk pengawasan) pada 2000-2004. Saya anggap ini sebahagian tugasan pihak berkuasa,” katanya memetik laporan FMT.

Saifuddin berkata, beliau memberikan kerjasama penuh dan menghormati tugas pihak berkuasa sehinggalah namanya dikeluarkan daripada senarai pengawasan.

Tegas beliau, sudah menjadi lumrah VVIP di negara ini diawasi bagi tujuan keselamatan termasuk Ahmad Samsuri.

“Dan sementara VVIP yang lain faham keadaan ini, Samsuri memilih untuk jadikan isu,” katanya.

Sementara itu, mengulas dakwaan Ahmad Samsuri bahawa telefon bimbitnya dipantau, Saifuddin menolak dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Pada Khamis, Ahmad Samsuri mendakwa beliau diletakkan bawah perintah kawalan perjalanan (TCO) menandakan beliau sebagai individu berisiko dalam sistem kawalan sempadan Malaysia.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas, mendakwa situasi itu sudah berlaku sejak suku ketiga tahun lalu.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy