Shah Alam, Petaling, Klang, Puchong dilanda banjir kilat

BEBERAPA kawasan di sekitar Selangor dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sekurang-kurangnya 137 mangsa dilaporkan terjejas setakat jam 8 pagi, hari ini.

Jelasnya, kejadian banjir berlaku di tiga zon utama melibatkan daerah Shah Alam, Petaling dan Klang.

“Kampung Padang Jawa menjadi lokasi terawal dinaiki air dengan kedalaman mencecah 0.6 meter.

“Air dilaporkan menaik secara perlahan dan melibatkan tiga penduduk serta 20 unit rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun Ahmad Mukhlis memberitahu, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini di zon terbabit.

Beliau memaklumkan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan Petaling Jaya dikerahkan ke Kampung Tengah selepas kawasan itu dinaiki air.

“Seramai enam penduduk membabitkan 20 buah rumah terlibat dan mereka ditempatkan di PPS Masjid Putra Heights,” katanya.

“Bagaimanapun paras air dilaporkan menurun dan pembukaan PPS masih belum diputuskan,” katanya.

Selain itu, jelas beliau, di zon Klang pula membabitkan Taman Seri Jaya, Klang dinaiki dengan kedalaman 0.6 meter dan keadaan air dilaporkan statik.

“Lapan mangsa dari 10 buah rumah dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaaan (SK) Binjai.

“JBPM Selangor terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan mengingatkan orang ramai agar berwaspada terutamanya yang tinggal di kawasan rendah serta mudah dinaiki air.

“Sebarang arahan perpindahan hendaklah dipatuhi segera demi keselamatan,” katanya.

Sementara itu tinjauan di Facebook mendapati sebahagian penduduk di sekitar Puchong mula mengalihkan barangan dan kenderaan ke tempat yang selamat susulan banjir kilat.

“Air Sungai Klang belum (ada) tanda mahu surut. Lombong Sri Aman sebagai tadahan air pun sudah makin cepat naik, ada sebahagian kampung mula banjir dan mereka alihkan barang dengan kenderaan ke tempat selamat.

“Sedihnya nasib Kampung Tengah dan Kampung Kuala Sungai Baru yang baru menjadi mangsa kebakaran, kini mangsa banjir pula,” kata seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Famzani Kamaruddin.

Dalam pada itu, jalan utama termasuk lebuh raya menuju ke Kuala Lumpur dilaporkan dinaiki air pada pagi tadi sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas serta beberapa kenderaan turut terkandas.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy