KSU MOTAC adakan lawatan rasmi ke PPUN Sandakan

SANDAKAN – Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Haharuddin Abu Sohot mengadakan lawatan kerja rasmi ke beberapa tapak Projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN) di sekitar Sandakan, di sini, pada Sabtu.

MOTAC dalam hantaran di laman Facebook berkata, lawatan itu bertujuan meninjau kemajuan kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur pelancongan di lima lokasi ikonik.

Antara lokasi berkenaan adalah Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok (SOURC), Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo (BSBCC), Jeti Pelancongan Kampung Pangkalan Batu 10, Jeti Pelancongan Jalan Ibu Pejabat Pos dan Rumah Agnes Keith.



Menurut MOTAC, projek-projek tersebut merupakan antara inisiatif strategik pihaknya dalam usaha memperkukuh kemudahan pelancongan, memperkaya pengalaman pengunjung serta merangsang pertumbuhan ekonomi komuniti setempat.

Jelas kenyataan sama, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, komitmen MOTAC kekal utuh dalam merealisasikan pembangunan sektor pelancongan negara yang inklusif dan mampan, seiring dengan persiapan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Related Posts

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan inisiatif Baucar Kasih Johor secara berperingkat di seluruh 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai langkah membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

ALOR SETAR – Tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan bayaran pendahuluan insentif pembajakan RM200 per hektar dianggap sebagai ‘penyelamat awal’ kepada pesawah yang bergelut dengan kenaikan kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan