PRN17: BN Sabah sah kerjasama dengan PH hadapi pilihan raya negeri

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah mengesahkan akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Menurut Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan itu dipersetujui selepas perbincangan diadakan di antara kepimpinan kedua-dua pihak, termasuk rakan komponen PH di Sabah.

Bung berkata, perkara itu dimuktamadkan pada pemukiman parti itu pada akhir tahun lepas.

“Hari ini saya ingin memaklumkan bahawa Umno Sabah telah mengadakan pemukiman pada satu ketika dan kita memutuskan bahawa akan bergabung dengan PH,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kota Kinabalu, lapor Berita Harian.

Selain bersama Pakatan Harapan (PH), katanya Barisan Nasional (BN) juga bersikap terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti lain yang mempunyai keinginan, kesungguhan dan komitmen dalam membentuk gabungan politik yang stabil.

Bagaimanapun, tambahnya BN menegaskan pihaknya tidak berhasrat untuk bekerjasama dengan parti tempatan, berikutan beberapa isu tertentu.

“Kita akan pertimbangkan kerjasama dengan parti lain. Walaupun ada pihak memainkan sentimen bahawa parti tempatan perlu diutamakan, namun hakikatnya kita juga berdepan isu tertentu melibatkan parti-parti tempatan,” katanya tanpa menyebut mana-mana pihak secara khusus.

Menurut Bung, perbincangan lanjut akan diteruskan bersama pemimpin PH Sabah bagi memastikan pakatan ini memberi kelebihan dalam membentuk kerajaan selepas pilihan raya negeri nanti.

PRN Sabah dijangka diadakan dalam masa terdekat susulan spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri yang semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah