7 atlet KTWS wakili Sabah ke Kejohanan Taekwondo Kebangsaan ke-14

SANDAKAN – Kelab Taekwondo Warisan Sandakan (KTWS) menghantar tujuh atlet bagi mewakili Sabah ke Kejohanan 14th TM-KBS-MILO National Junior Taekwondo Championship 2025 yang akan berlangsung di Negeri Sembilan dari 11 hingga 13 April 2025.

Menurut jurulatih KTWS, Muhammad Huzaime Adurin, kesemua atlet terdiri daripada enam lelaki dan seorang perempuan, yang akan bertanding dalam beberapa kategori termasuk poomsae individu, pasangan campuran (mixed pair) dan pasukan (team).

“Selain daripada KTWS, terdapat beberapa kelab lain dari Sabah yang turut serta, menjadikan jumlah keseluruhan wakil dari negeri ini sekitar 80 hingga 90 orang.

“Kejohanan kali ini akan mempertandingkan pelbagai kategori seperti kyorugi, poomsae dan Taekwondo Maya (Virtual Taekwondo) yang berasaskan visual,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press di Lapangan Terbang Sandakan, di sini, pada Rabu.

Sebagai jurulatih KTWS, Huzaime menaruh harapan tinggi agar para atlet dari Sabah dapat membawa pulang pingat dan mengharumkan nama negeri.

“Harapan saya, anak-anak murid dari KTWS dapat memberikan yang terbaik hasil daripada usaha keras mereka selama ini.

“Kami mahu sekurang-kurangnya mengekalkan kejayaan tahun lalu, atau mungkin mencapai keputusan yang lebih baik,” katanya.

Pada edisi ke-13 kejohanan tahun lalu, KTWS berjaya membawa pulang satu pingat emas bagi kategori team poomsae 2014, dan mereka berazam untuk memperbaiki pencapaian tersebut kali ini.

Sementara itu, Huzaime turut menyeru agar semua kelab dari Sabah terus menunjukkan peningkatan prestasi demi mengangkat martabat sukan taekwondo di peringkat kebangsaan.

Related Posts

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

SUNGAI BALANG – Calon Pakatan Harapan (PH), Soraya Badaruddin menggariskan lima tekad utama sebagai komitmen untuk membawa pembangunan yang lebih menyeluruh, mampan dan berdaya saing demi meningkatkan taraf hidup rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan digesa meneliti semula penetapan had kuota subsidi diesel sebanyak 200 liter sebulan di bawah Program BUDI MADANI bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar memenuhi keperluan rakyat Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah

Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah

SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pembangunan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli – Sultan Nazrin

SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pembangunan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli – Sultan Nazrin

JIM Kedah serbu 10 premis, 42 PATI berjaya diberkas

JIM Kedah serbu 10 premis, 42 PATI berjaya diberkas

Bekas Chef ceburi perniagaan produk sendiri, pasaran menembusi luar negara

Bekas Chef ceburi perniagaan produk sendiri, pasaran menembusi luar negara

10 kawah bubur asyura simbol kesepakatan peneroka FELDA Jengka 24

10 kawah bubur asyura simbol kesepakatan peneroka FELDA Jengka 24