3.5 juta penduduk Sabah bakal peroleh manfaat Skim Perlindungan Insurans percuma

KOTA KINABALU – Seramai 3.5 juta penduduk Sabah bakal menerima manfaat daripada Skim Perlindungan Insurans percuma yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Skim Insurans Berkelompok itu diluluskan oleh Kabinet negeri dalam mesyuarat hari ini.

Katanya, perlindungan insurans kemalangan (Personal Accident) ini adalah percuma kepada setiap penduduk tempatan yang layak.

“Perlindungan insurans ini akan dilaksanakan melalui syarikat milik Kerajaan Negeri Sabah, iaitu Progressive Insurance Bhd.

“Penduduk Sabah yang berumur antara satu bulan hingga 80 tahun secara automatik akan memperolehi insuran perlindungan diri secara percuma yang bernilai sehingga RM10,000 beserta faedah khairat kematian sebanyak RM500.

“Sebagai permulaan, skim perlindungan percuma ini adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Mei 2025 sehingga 30 April 2028,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, Masidi menjelaskan, melalui proses tuntutan insurans yang cekap, sebarang tuntutan bayaran disalurkan kepada penerima dalam masa 14 hingga 30 hari selepas dokumen lengkap dikemukakan.

Tambahnya, skim perlindungan insurans ini merupakan satu lagi usaha Kerajaan Sabah bagi menjaga kebajikan rakyat, di samping mengurangkan beban kewangan rakyat khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan B40.

Related Posts

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

SUNGAI PETANI – Dua anggota Tentera Darat (TDM) yang cedera selepas senjata yang dikendalikan mereka meletup secara tiba-tiba ketika menjalani Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

SEGAMAT – Menarik lebih banyak pelaburan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis bagi membuka peluang pekerjaan kepada anak muda menjadi tekad utama calon Pakatan Harapan (PH), Jalex Lee En Xiang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah

Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah

SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pembangunan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli – Sultan Nazrin

SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pembangunan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli – Sultan Nazrin

JIM Kedah serbu 10 premis, 42 PATI berjaya diberkas

JIM Kedah serbu 10 premis, 42 PATI berjaya diberkas