Bomba Sarawak ambil langkah tangani risiko projek tenaga hijau 

SIBU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak perlu mengambil langkah kesiapsiagaan yang lebih menyeluruh bagi menangani potensi risiko daripada projek mega berkaitan tenaga boleh diperbaharui, khususnya hidrogen hijau yang kini giat dilaksanakan di Sarawak. 

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, transformasi landskap industri di Sarawak melalui pembangunan projek seperti Hab Hidrogen Sarawak, stesen bahan api pelbagai (Multifuel Station, MFS), serta sistem Transit Aliran Autonomi (ART), memerlukan perhatian serius daripada pasukan bomba agar pelan tindakan kecemasan dapat diaktifkan dengan pantas dan berkesan.

“Kerajaan Sarawak komited menjadi pelopor ekonomi hidrogen hijau dan hab tenaga diperbaharui. 

“Justeru itu, JBPM sebagai agensi penguat kuasa perlu bersedia menghadapi cabaran ini dengan pendekatan lebih holistik,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Othman Abdullah, pada Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Sarawak di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada Isnin. 

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada JBPM Sarawak atas peningkatan prestasi aspek kompetensi dan kecergasan, apabila merekodkan 95.37 peratus pegawai lulus dalam Ujian Kecergasan Bomba (UKB).

“Kejayaan pelaksanaan Program Pengurusan Intervensi Berat Badan (Wellness Hub) juga membanggakan, apabila 103 daripada 108 pegawai berjaya menurunkan berat badan. Ini satu pencapaian yang patut dicontohi,” tambahnya.

Majlis turut menyaksikan penganugerahan kepada 33 anggota yang menerima Pingat Perkhidmatan Bomba, 98 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 10 menerima Sijil Perkhidmatan Terpuji, selain meraikan 113 pegawai yang telah berkhidmat selama 30 tahun dalam perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan.

Turut hadir Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Jamri Masran dan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Tiong Ling Hii.

Related Posts

Warga emas meninggal, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki berusia 78 tahun meninggal dunia, manakala dua lagi lelaki cedera selepas sebuah trak pikap bertembung dengan sebuah kereta sedan di Kilometer 418.4 Lebuhraya Pan Borneo, persimpangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

IPOH – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) negeri Perak akan beroperasi seperti biasa mulai esok, 12 Oktober, selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua stesen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warga emas meninggal, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok

Warga emas meninggal, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh