Bomba Sarawak ambil langkah tangani risiko projek tenaga hijau 

SIBU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak perlu mengambil langkah kesiapsiagaan yang lebih menyeluruh bagi menangani potensi risiko daripada projek mega berkaitan tenaga boleh diperbaharui, khususnya hidrogen hijau yang kini giat dilaksanakan di Sarawak. 

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, transformasi landskap industri di Sarawak melalui pembangunan projek seperti Hab Hidrogen Sarawak, stesen bahan api pelbagai (Multifuel Station, MFS), serta sistem Transit Aliran Autonomi (ART), memerlukan perhatian serius daripada pasukan bomba agar pelan tindakan kecemasan dapat diaktifkan dengan pantas dan berkesan.

“Kerajaan Sarawak komited menjadi pelopor ekonomi hidrogen hijau dan hab tenaga diperbaharui. 

“Justeru itu, JBPM sebagai agensi penguat kuasa perlu bersedia menghadapi cabaran ini dengan pendekatan lebih holistik,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Othman Abdullah, pada Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Sarawak di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada Isnin. 

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada JBPM Sarawak atas peningkatan prestasi aspek kompetensi dan kecergasan, apabila merekodkan 95.37 peratus pegawai lulus dalam Ujian Kecergasan Bomba (UKB).

“Kejayaan pelaksanaan Program Pengurusan Intervensi Berat Badan (Wellness Hub) juga membanggakan, apabila 103 daripada 108 pegawai berjaya menurunkan berat badan. Ini satu pencapaian yang patut dicontohi,” tambahnya.

Majlis turut menyaksikan penganugerahan kepada 33 anggota yang menerima Pingat Perkhidmatan Bomba, 98 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 10 menerima Sijil Perkhidmatan Terpuji, selain meraikan 113 pegawai yang telah berkhidmat selama 30 tahun dalam perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan.

Turut hadir Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Jamri Masran dan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Tiong Ling Hii.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar