JPN tidak luluskan dokumen pengenalan diri melalui surat sokongan

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan meluluskan permohonan pengeluaran dokumen  pengenalan diri sewenang-wenangnya walaupun permohonan disertakan dengan surat sokongan daripada mana-mana pihak.

JPN menegaskan setiap permohonan hendaklah mengikut undang-undang dan peraturan yang sedia ada.

“JPN ingin menegaskan bahawa setiap permohonan pengeluaran dokumen pengenalan diri sama ada MyKAS, MyPR dan MyKAD adalah tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang, peraturan dan dasar yang berkuat kuasa.

“Semua permohonan akan dinilai secara menyeluruh berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Jelas kenyataan itu, sebarang surat sokongan, minit cadangan atau permohonan daripada mana-mana pihak, termasuk pemimpin politik, agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan, tidak memberi sebarang jaminan automatik terhadap kelulusan sesuatu permohonan. 

“Pertimbangan terhadap pandangan atau sokongan dari pihak berkepentingan boleh diambil kira namun kelulusan tetap melalui proses tapisan dan verifikasi yang ketat seperti semakan fakta dan dokumen serta siasatan latar belakang pemohon,” kata kenyataan itu lagi.

la bagi menjelaskan berkaitan isu tular di media sosial, berkaitan sekeping surat bertarikh 26 April 2019 yang didakwa mengandungi minit oleh Ketua Menteri Sabah ketika itu, iaitu Datuk Seri Shafie Apdal berkenaan sokongan terhadap permohonan pengeluaran dokumen pengenalan diri kepada seorang individu dari Semporna.

Dalam pada itu, JPN memaklumkan bahawa MyKAS merupakan dokumen pengenalan diri Pemastautin Sementara yang diberikan kepada individu yang lahir di Malaysia tetapi status kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan. 

“Pemegang MyKAS tidak memperoleh sebarang kelebihan kewarganegaraan, sebaliknya perlu memenuhi syarat-syarat ketat sebelum boleh memohon status MyPR (Pemastautin Tetap) dan seterusnya MyKAD (Warganegara), bergantung kepada tempoh permastautinan dan kelayakan yang ditetapkan. 

“Walau bagaimanapun, bagi pemegang MyKas yang diluluskan secara bertempoh setiap 5 tahun, mereka masih perlu berusaha mengesan asal usul mereka juga, seperti yang ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

Sebarang maklumat lanjut dan sahih orang ramai boleh hadir ke mana-mana pejabat JPN atau melayari laman web rasmi dan mengikuti saluran media sosial rasmi JPN.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan