Prabowo dijadual jumpa Anwar malam ini

PRESIDEN Indonesia, Prabowo Subianto dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, malam ini.

Setiausaha Kabinet Indonesia, Teddy Indra Wijaya berkata, kunjungan Prabowo ke Kuala Lumpur adalah untuk beramah mesra sempena sambutan Aidilfitri.

“Prabowo sangat menghormati Anwar sebagai pemimpin senior ASEAN yang berpengalaman luas.

“Beliau (Anwar) sudah memegang jawatan lebih awal, lebih berusia, dan juga rakan akrab kepada Presiden,” katanya dalam satu kenyataan.

Teddy yang turut menyertai lawatan itu memaklumkan bahawa Presiden Prabowo akan berangkat pulang ke Jakarta sejurus selepas pertemuan itu.

“Presiden akan pulang ke Jakarta malam ini juga,” jelasnya.

Agensi berita ANTARA melaporkan, Teddy tidak memberikan jawapan khusus ketika ditanya mengenai kemungkinan kedua-dua pemimpin membincangkan dasar tarif import diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini.

Beliau hanya berkata, “kedua-dua pemimpin akan berbincang mengenai pelbagai perkara.”

Anwar pada Jumaat lalu dilaporkan berkata, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN akan mengadakan rundingan dengan beberapa negara anggota blok bagi mencapai persetujuan bersama mengenai isu tarif timbal balik, demi memastikan prinsip keadilan dapat diterapkan dalam perdagangan antarabangsa.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula