Penduduk Ulu Gali pindah akibat limpahan air sungai

KUANTAN – Seorang warga emas dan seorang bayi perempuan antara 19 individu yang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dilanda banjir di Kampung Ulu Gali, dekat Raub, petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub menerusi satu kenyataan media berkata, kejadian banjir yang berlaku kira-kira jam 6.15 petang itu menjejaskan empat kediaman di kampung terbabit.

“Kejadian banjir berlaku kerana hujan lebat berterusan sejak jam 3 petang sehingga 7 petang mengakibatkan limpahan air dari Sungai Ulu Gali.

“Berikutan itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membuat pemantauan dan memindahkan mangsa di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Ulu Gali,” katanya.

Sekretariat itu memaklumkan PPS tersebut dibuka secara rasmi jam 6.30 petang dan kejadian banjir itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak