Ops Selamat Aidilfitri: Polis trafik tutup jalan elak kesesakan di Simpang Jakar

SARIKEI – Polis Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei telah melaksanakan ‘point duty’ di kawasan Simpang Jakar, berikutan kesesakan lalu lintas yang berlaku pada hari-hari terakhir menjelang Aidilfitri.

Kesesakan ini berpunca daripada kenderaan yang bergerak dari arah Sri Aman menuju ke Sarikei, serta kenderaan dari Sibu yang juga ingin masuk ke laluan yang sama di simpang tersebut, menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah.

Sehubungan itu, pihak berkuasa telah berkerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor Pan Borneo untuk mencari penyelesaian terhadap masalah kesesakan ini.

Bagi mengurangkan situasi tersebut, JKR memutuskan untuk melaksanakan penutupan jalan di simpang Jakar.

Bermula hari ini, semua kenderaan dari arah Sri Aman dan Sibu yang ingin menuju ke Jakar diarah untuk melalui simpang Jakar yang terletak berhadapan dengan Simpang Meruton-Baji.

Langkah ini diambil bagi melancarkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan yang berlaku.

Pihak berkuasa akan terus melakukan pemantauan di kawasan tersebut sepanjang musim Aidilfitri ini untuk memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014