Mantai Negeri Sembilan simbolik permuafakatan

SEPERTI kebiasaan, beberapa hari sebelum menyambut Aidilfitri, masyarakat di Negeri Sembilan sedang sibuk dengan aktiviti mantai iaitu tradisi yang sinonim dengan Adat Perpatih.

Menurut dialek Negeri Sembilan, mantai yang bermaksud membantai telah diamalkan sejak zaman nenek moyang dahulu lagi di mana masyarakat setempat bekerjasama menyembelih lembu dan melapah untuk diagihkan kepada semua.

Aktiviti ini dijalankan sehari sebelum menyambut Ramadan, sambutan Aidilfitri dan Aidiladha.

Merentasi arus zaman, kemeriahan mantai tidak dapat disangkal berikutan permintaan daging lembu yang tinggi berbanding hari-hari biasa dan para peniaga tidak melepaskan peluang mengadakan jualan.

Peniaga, Mohd Haniff Baharom, 30, berkata, pada tahun ini sahaja dia menyediakan sehingga 15 ekor lembu bagi keperluan untuk jualan hari mantai bermula 28 hingga 30 Mac di Taman Tuanku Jaafar, Senawang.

Katanya, daging segar ini mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli berikutan rasanya yang lebih “manis” berbanding daging kotak yang berada di pasaran.

“Saya dah lima tahun berniaga, di kawasan sini memang Negeri Sembilan ni orang tahu tak cukup daging.

“Semua orang akan cari daging. Bukan macam negeri lain yang macam beli daging kotak ke. Semua nak daging segar.

“Walaupun harganya agak tinggi, orang tetap beli kerana rasa daging segar ni berbeza,” katanya.

Acara mantai ini juga adalah simbolik merapatkan hubungan kekeluargaan yang menjadi teras utama masyarakat Negeri Sembilan yang mementingkan permuafakatan serta perpaduan.

Bukan itu sahaja, barangan seperti bahan-bahan untuk memasak seperti bahan kering, bahan basah dan ayam segar turut dijual bagi memudahkan pembeli membuat pilihan.

Sementara itu, peniaga barangan runcit, Haslina Arif, 60 berkata, sambutan daripada pembeli agak baik di mana pembeli boleh mendapatkan segala kelengkapan secara terus.

“Alhamdulillah sambutan baik daripada para pembeli setakat ini baik. Mantai ini pun ada tradisi tiap-tiap tahun.

“Selain barangan kering, pembeli boleh juga dapatkan santan segar,” katanya.

Seorang pesara, Suhairi Johan, 65, yang telah lima tahun menetap di negeri beradat ini menyifatkan tradisi mantai ini adalah unik kerana sukar ditemui di negeri lain.

“Biasa mantai ni saya cari daging, ayam dekat sinilah. Segala rempah-rempah juga mudah untuk didapati.

“Memandangkan saya berasal daripada Sarawak, tradisi seperti ini tiada di negeri lain.

“Ia juga memudahkan saya mencari segala keperluan dan bahan-bahan untuk isteri saya sediakan juadah raya,” katanya.

Related Posts

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keberanian untuk berdialog dan mempertahankan pandangan berasaskan fakta mencerminkan kematangan sesebuah masyarakat dalam mendepani perbezaan pendapat. Beliau berkata, budaya dialog…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Johor supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih barisan kepimpinan negeri yang berintegriti, berwibawa dan komited memperjuangkan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng