Polis terima 3 laporan kes pukul abang belon

KUALA LUMPUR – Polis menerima tiga laporan berhubung kes pergelutan antara anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan seorang penjaja belon di kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, yang tular baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, laporan polis pertama dibuat seorang anggota penguat kuasa DBKL semalam dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Laporan kedua dibuat seorang lagi anggota penguat kuasa DBKL pada hari sama atas penyebaran gambar pengadu laporan pertama yang dimuat naik di aplikasi Facebook berserta ugutan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Justeru, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

DBKL dalam kenyataan sebelum ini berkata, penjaja berkenaan didakwa enggan memberi kerjasama mematuhi arahan penguat kuasa selain didakwa bertindak agresif terhadap anggota bertugas.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video memaparkan insiden kekecohan selepas berlaku perselisihan antara penguat kuasa DBKL dan penjual barangan tanpa lesen di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur.

Rakaman video yang dipercayai diambil peniaga sekitar lokasi itu mulanya menunjukkan beberapa anggota penguat kuasa DBKL sedang merampas belon dijual seorang individu.

Suasana di situ bagaimanapun bertukar menjadi kecoh selepas peniaga tersebut dipercayai tidak memberikan kerjasama.

Susulan insiden itu, DBKL dalam satu kenyataan pada Sabtu menjelaskan sudah memberi teguran sebanyak tiga kali kepada peniaga belon terbabit.

Bagaimanapun katanya, penjaja tersebut mula bertindak agresif dan berlaku sentuhan fizikal apabila dia menolak petugas penguat kuasa ketika teguran ketiga diberikan.

Mengulas lanjut, Azry Akmar berkata, laporan ketiga dibuat ibu kepada penjaja belon yang menyatakan anaknya itu mengalami kecederaan akibat pergelutan yang berlaku dan pihaknya membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menyarankan mereka yang mempunyai maklumat menyalurkannya dengan menghubungi talian Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis

Related Posts

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merafak sembah tahniah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 hari ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi akan beri sokongan jika UMNO bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO meyakini bahawa akar umbi akan memberi sokongan terhadap keputusan parti untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh