Mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja berjaya dibawa pulang MHO

KOTA KINABALU – Seorang pemuda berasal dari Keningau menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja berjaya dibawa pulang ke Sabah dengan bantuan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).

Pemuda tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira pukul 8.30 malam, pada Sabtu.

Ketua Pegawai Operasi MHO Sabah, Kapten (B) Jerry Jaimeh berkata, mangsa dibebaskan pada Jumaat sebelum dihantar pulang dari Kemboja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya ke Sabah pada malam Sabtu.

“Menurut mangsa, dia berlepas pada 6 Mac dan pada 22 Mac, keluarganya mendapat maklumat bahawa dia telah diculik.

“Pada 23 Mac, penculik mengesahkan bahawa mangsa benar-benar ditahan apabila mereka meminta wang tebusan sebanyak AS$7,000 bersamaan kira-kira RM31,000.

“Pada 25 Mac, keluarga mangsa datang ke MHO dan kami segera melancarkan misi menyelamat.

“Kredit harus diberikan kepada Ketua Penyelamat MHO, Azirul Syafiq Sazali, kerana beliau yang menerima kes ini dan berhubung dengan pihak Kementerian Luar Kemboja untuk mendapatkan maklumat,” katanya dalam sidang media semasa menyambut kepulangan mangsa di KKIA pada malam Sabtu.

Jerry berkata, kes sebegini perlu diketengahkan kepada orang ramai agar menjadi kesedaran dan pengajaran khususnya kepada pencari kerja bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan.

“Kami berharap kes ini ditularkan supaya rakyat Sabah lebih berwaspada kerana kini sindiket ini menyasarkan penduduk di pedalaman Sabah.

“Di Semenanjung, kes seperti ini hampir setiap hari dilaporkan di media, tetapi di Sabah liputannya masih kurang. Jadi, kami merayu kepada rakyat Sabah dan rakan-rakan wartawan untuk menyebarkan maklumat ini supaya tidak ada lagi rakyat kita yang tertipu, diperdaya dan diperdagangkan ke luar negara,” ujarnya.

Sementara itu, mangsa yang enggan dikenali berkata, pada mulanya dia dijanjikan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan dengan tawaran gaji yang lumayan.

“Mula-mula saya ditawarkan kerja menjaga CCTV sebagai sekuriti. Gaji yang ditawarkan pun menarik, tetapi bila sampai sana, saya diarahkan ke tempat lain.

“Saya baru dua minggu di sana dan sentiasa diawasi oleh dua hingga tiga orang penjaga. Oleh kerana saya masih baharu, mereka belum pernah mengasari saya,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula