Permintaan Kek Lapis Sarawak meningkat sempena Aidilfitri

SIBU – Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba membawa limpahan rezeki kepada pengusaha kek lapis Sarawak, juadah tradisi yang menjadi kegemaran ramai setiap kali perayaan.

Pengusaha Hajijah Kek Lapis Sarawak Sibu, Hajijah Leh, berkata tempahan meningkat hampir dua kali ganda berbanding hari biasa, memaksanya menutup tempahan lebih awal bagi memastikan semua pesanan dapat disiapkan mengikut jadual.

“Saya hanya menerima tempahan sehingga 1 Mac bagi memberi ruang kepada pekerja menyiapkan kek dengan sempurna,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press di Pusat Sentral Sibu pada Jumaat.

Menurutnya, bagi memenuhi permintaan tinggi, beliau mengambil empat pekerja tambahan untuk membantu dalam penyediaan kek dan operasi kedai.

Antara kek yang paling mendapat sambutan ialah Kek Hati Parek, Kek Lumut, dan Kek Belacan, yang tergolong dalam kategori kek premium. Manakala bagi kategori kek lapis adalah kek lapis masam manis original, kek lapis batek sarawak dan lain-lain. 

Meskipun berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah, Hajijah masih mengekalkan harga jualan RM15 bagi setiap ‘loaf’ dan RM 70 bagi seloyang kek lapis demi memastikan pelanggannya tidak terbeban.

Hajijah dan suaminya telah mengusahakan perniagaan ini selama 10 tahun dan terus bertahan meskipun persaingan semakin sengit.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok