Dakwaan BKKA wang royalti, di mana hasil negeri sejak Pas perintah?

SEJAK pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) gegak gempita seluruh negeri Terengganu membincangkan isu ini.

Apa yang menarik perhatian ialah beberapa Exco Kerajaan Negeri menulis di halaman media sosial menyatakan BKKA tersebut adalah wang royalti Terengganu yang menjadi hak, ini pula dipanjangkan oleh staf Unit Penerangan Darul Iman (UPDI) yang menjadi jentera propaganda utama Kerajaan Negeri.

Pelbagai makian dan juga kata-kata nista dilemparkan oleh jentera propaganda UPDI mengambil naratif yang dilontarkan oleh Exco Kerajaan Negeri berkenaan.

Namun begitu, pernah tak kita terfikir yang negeri-negeri lain dapat memberi BKKA tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan? Mereka menggunakan wang hasil janaan Kerajaan Negeri sendiri tanpa perlu menunggu bantuan Kerajaan Persekutuan.

“Guana pah nok beri bonus larak nok kena Kerajaan Pusat beri sen, negeri lain takdok mitok, takdok pitih bedooh ke kerajaan Terengganu? Doh hasil negeri pah mane? Jadi kerajaan tok reti nok tambah hasil negeri harap ke Pusat, doh jadi tunggul kayu je ke bila jadi kerajaan Terengganu sek Pas ning? 7 juta takkan takdok Kerajaan Negeri?

Sepatutnya kerajaan Terengganu memikirkan bagaimana untuk menambah hasil negeri supaya setaraf dengan kerajaan negeri yang lain

Kebergantungan tinggi kepada Kerajaan Persekutuan sehingga menyediakan emolumen untuk kakitangan awam Terengganu pun tidak mampu, menunjukkan kelemahan besar Kerajaan Negeri Terengganu di bawah Pas mentadbir negeri.

Related Posts

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nik Amar tidak boleh jadikan Pas ukuran cinta terhadap Islam

KENYATAAN pemimpin kanan Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa mereka yang tidak memahami atau tidak mencintai Islam tidak akan menyokong Pas bukan sekadar ungkapan mempertahankan parti. Kenyataan itu membawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah