Iswardy Morni usah minta kerusi percuma – Karim

KUCHING: “Iswardy Morni jika mahu bertanding di Sarawak, tidak usah meminta kerusi secara percuma di Sarawak,” kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut Karim, PKR Sarawak tidak pernah menang dalam pilihan raya sebelum ini.

“Ini menunjukkan rakyat Sarawak tidak menerima kehadiran mereka,” kata Karim.

Karim berkata lagi PKR Sarawak tidak usah menggunakan pintu belakang dengan meminta kerusi percuma.

“Lagipun, hanya parti politik Sarawak yang memahami aspirasi rakyat Sarawak,” ujar beliau.

Karim mencabar jika Iswardy Morni benar-benar berani, maka bertandinglah dalam pilihan raya.

“Saya pernah mempelawa Iswardy Morni bertanding Asajaya, tetapi beliau sendiri tidak mahu,” kata Karim turut merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya.

Sebelum ini, Pengarah Strategik PKR Sarawak Iswardy Morni sedia mencabar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pilihan raya akan datang sekiranya dibenarkan.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu