75 persatuan etnik setuju istilah Momogun

PENAMPANG – Sebanyak 75 daripada 84 persatuan etnik bersetuju dan menandatangani deklarasi rumpun agar istilah Momogun digunakan sebagai nama rumpun masyarakat Orang Asal / Anak Negeri Sabah daripada komuniti penutur Dusunic, Murutic dan Paitanic.

Acara deklarasi rumpun itu berlangsung sempena Konvonsyen Perdana Momogun di Pusat Kebudayaan Sabah yang di sini, pada malam Khamis.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata selepas konvensyen pertama pada awal tahun 1960-an, deklarasi ini merupakan satu keputusan dasar yang sangat besar untuk memilih nama bangsa Kadazan, Dusun atau Momogun.

Jelas beliau, konvensyen itu bukan hanya mencipta satu nama bangsa yang baharu, tetapi satu nama rumpun menggantikan istilah Lain-Lain yang digunakan dalam borang-borang kerajaan selama ini.

“Sama pentingnya, adalah ‘substance’ atau inti sikap, pemikiran, disiplin dan integriti masyarakat Momogun antaranya progresif, inovatif, rajin, bekerja keras, berkepimpinan, bertadbir urus serta merai perbezaan.

“Pembudayaan nama rumpun Momogun harus bermula daripada pertubuhan-pertubuhan yang telah mendukung dan menandatangani deklarasi melalui penulisan, pengucapan dan pengisian program,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan konvensyen.

Ewon berkata, bangsa beliau tetap Kadazan, berbangga dengan bahasa Kadazandusun dan menyokong nama rumpun Momogun.

“Sebagai masyarakat majoriti di Sabah, tidak wajar masyarakat itu diletakkan dalam istilah ‘Lain-Lain’ dalam borang-borang rasmi kerajaan,” tambahnya.

Related Posts

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima maklumat berkaitan kebimbangan terhadap kualiti anak benih sawit serta pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula sawit di FELDA Palong 7,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

  • By Siti
  • August 25, 2026
Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?