Duit raya pemberian Kerajaan MADANI, apa makna 32-0 buat rakyat Terengganu?

KEPUTUSAN Kerajaan MADANI di bawah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada penjawat awam negeri Terengganu membuktikan Kerajaan MADANI tidak pernah menzalimi rakyat negeri Terengganu seperti tuduhan yang dilemparkan sebelum ini oleh penyokong pembangkang.

Semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 penyokong Pas sangat gah dengan kemenangan Pas menyapu bersih 32 kerusi Dewan Undangan Negeri menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah negeri Terengganu, DUN Terengganu tidak mempunyai pembangkang.

Pada ketika itu penyokong Pas dengan bongkaknya menyatakan Kerajaan Negeri adalah jauh lebih baik daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri Terengganu adalah model terbaik yang akan digunakan untuk merampas Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Namun begitu setelah hampir tiga tahun kemenangan 32-0, apa makna dan manfaat untuk rakyat Terengganu?

“Nyohor ngat 32-0, pitih raya sek TCS Kerajaan Pusat beri, doh guane gitu, padan menang saje sek-sek ning, kabo menang blake sek Pas Terengganu molek ar kekgi, mapuh kerah peseng gining.”

Realitinya tiada apa yang boleh dibanggakan dengan kemenangan 32-0 Pas dalam PRN 2023, bahkan prestasi negeri semakin merosot dan kebergantungan kepada Kerajaan Persekutuan semakin meningkat yang ironinya penyokong Pas Terengganu memaki hari-hari Kerajaan Persekutuan.

Related Posts

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nik Amar tidak boleh jadikan Pas ukuran cinta terhadap Islam

KENYATAAN pemimpin kanan Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa mereka yang tidak memahami atau tidak mencintai Islam tidak akan menyokong Pas bukan sekadar ungkapan mempertahankan parti. Kenyataan itu membawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah