PRK DUN Ayer Kuning: BN tukar tarikh umum calon 7 April

TAPAH – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tarikh pengumuman calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan dipinda dari 5 April kepada 7 April nanti.

Ini kerana, jelasnya, dijangka pada tarikh 5 April akan diadakan Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 yang dilangsungkan di Melaka.

Justeru itu, pengumuman calon akan dilakukan oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Rancangan Perumahan Tersusun Kampung Haji Tahir, di Temoh, di sini pada 7 April.

“Kita terpaksa pinda tarikh pengumuman calon yang sepatutnya 5 April depan kepada 7 April.

“Pada tarikh 5 April, dijangka akan diadakan Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 yang diadakan di Melaka. Jadi semua orang akan ke sana.

“Pada keesokannya, kita turut mengambil kira orang ramai akan pulang ke kawasan masing-masing selepas seminggu berhari raya, jadi lebuh raya akan sesak.

“Oleh itu, kita akan mengadakan pengumuman berkenaan pada 7 April sempena Sambutan Aidilfitri Parlimen Tapah,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asal Perak anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed dan Pengerusi SKM, Datuk Norihan Jalal.

Sebelum ini, BN mengumumkan akan melancarkan jentera PRK DUN Ayer Kuning pada 5 April depan.

Mengulas lanjut, Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, setakat ini calon yang akan mewakili parti tersebut hanya diketahui oleh Pengerusi BN sahaja.

“Keputusan calon ada di tangan Presiden. Beliau sekarang ada di Makkah menunaikan ibadah umrah. Jadi kemungkinan beliau sembahyang istikharah untuk dapatkan panduan pedoman daripada Allah SWT.

“Kemudian dia balik nanti kita akan umum, dia yang akan umum sebab saya dah janji umum calon adalah Presiden, daripada mulut dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, BN tidak pernah meragui kesetiaan masyarakat Orang Asli terhadap gabungan berkenaan.

“Golongan itu diharap akan terus memberi sokongan penuh pada PRK berkenaan supaya BN dapat meneruskan kesinambungan membantu rakyat,” ujar beliau.

Secara keseluruhan, DUN Ayer Kuning mempunyai 2,156 pengundi Orang Asli dengan sebahagian ya berada di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor.

Malah, ujar Saarani, BN tidak gentar menghadapi mana-mana calon, termasuk dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), atau pertandingan lebih tiga penjuru pada PRK nanti.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan, mengumumkan parti itu akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini telah menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April depan, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

Related Posts

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei