Mohammad Taufiq tawar diri tanding Naib Ketua AMK

SUNGAI PETANI – Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari bersedia menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dalam pemilihan PKR Mei nanti.

Beliau, yang juga Ketua AMK Kedah, menyatakan hasrat untuk terus berbakti serta memikul tanggungjawab kepimpinan di peringkat pusat.

“Saya telah berbincang secara mendalam dengan aktivis di seluruh Malaysia dan mendapatkan pandangan mengenai hala tuju saya. Di peringkat pusat, saya perlu memainkan peranan kerana jawatan ini adalah satu amanah serta tanggungjawab besar terhadap parti.

“Saya terpanggil untuk kembali menyumbang bakti sebagai Naib Ketua AMK Malaysia,” katanya .

Mohammed Taufiq mengedarkan bubur lambuk di Bazar Ramadan Taman Ria semalam.

Beliau turut menyatakan sokongan kepada Muhammad Kamil Abdul Munim sebagai calon Ketua AMK Pusat.

“Saya menyokong saudara Kamil untuk mengetuai AMK di peringkat pusat. Beliau telah menyatakan hasrat memimpin, dan saya akan pastikan AMK terus relevan dalam kalangan anak muda,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kepimpinan Cabang Sungai Petani telah dipilih secara konsensus tanpa sebarang pertandingan.

“PKR Sungai Petani adalah satu-satunya cabang daripada 15 cabang di Kedah yang mencapai kesepakatan tanpa pertandingan, apabila tiada calon lain mengemukakan pencalonan hingga tarikh akhir pada 21 Mac 2025, jam 11.59 malam.

“Keputusan ini mencerminkan kesepaduan ahli parti di peringkat cabang serta membolehkan kami memberi tumpuan penuh kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16),” katanya.

Menurutnya, keputusan ini bukan sekadar menunjukkan kekuatan, tetapi juga hasil kematangan politik parti di Sungai Petani.

Beliau menegaskan bahawa fokus utama adalah untuk mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Sungai Petani serta DUN Bakar Arang dan Sidam, selain berusaha merampas kembali DUN Pantai Merdeka dalam PRU16.

“Kami bertekad memastikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kekal sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua serta menambah jumlah kemenangan kerusi PKR, khususnya di Kedah,” katanya.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM