Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

TAWAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal konsisten dan komited menyantuni asnaf sebagai usaha menyemai kebahagiaan dan kegembiraan golongan itu sempena Hari Raya Aidilfitri ini. 

Rina berkata, inisiatif tahunan ini dilaksanakan bagi memastikan golongan kurang berkemampuan termasuk anak yatim tidak terpinggir dan terus diberi keutamaan. 

“Kita lihat anak-anak bila memakai baju baharu boleh mendatangkan keceriaan pada mereka dan bagi saya perlunya program seumpama ini diberi sokongan agar mereka tahu bahawa kita ada komuniti yang ambil perhatian dan prihatin.

“Insya-Allah sekurangnya meringankan beban dan bantu mereka kecapi kebahagiaan dan keceriaan menjelang Syawal.

“Saya juga percaya mereka ingin raikan Syawal dengan pakaian baru dan pakaian cantik seperti kanak-kanak lain,” katanya kepada media menerusi program menyantuni asnaf di butik pakaian Sarimah Nahang, pada Jumaat. 

Pada program itu, dua keluarga yang disantuni melibatkan sekeluarga termasuk enam anaknya berumur 1 tahun hingga 13 tahun dan seorang bapa saudara bersama orang kurang upaya (OKU) dari Kampung Airport. 

Dalam pada itu, Rina yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan Sabah turut menggalakkan penyertaan ramai pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)  demi memastikan lebih ramai lagi golongan kurang berkemampuan disantuni. 

“Saya juga berharap orang ramai mengambil inisiatif serupa agar kita dapat berkongsi rezeki, bersama raikan mereka,” ujarnya. 

Sementara itu, ibu kepada enam anak, Asnah Acok, 50-an, menzahirkan terima kasih atas keprihatinan Rina yang memberi sinar kegembiraan pada keluarganya. 

“Alhamdulillah terina kasih banyak pada YB, semoga panjang umur dan bertambah lagi rezeki.

“Sebelum ini saya tidak pernah beli baju sebab tidak mampu,” katanya sambil menahan sebak.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP