Ringgit konsisten tinggi 10 hari berturut-turut

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, meneruskan kenaikan selama 10 hari berikutan pelabur menjangkakan kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) pada September.

Pada 8 pagi, ringgit naik 30 mata asas kepada 4.5645/5725 berbanding dolar AS daripada 4.5675/5710 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS bagi sektor pembuatan merosot kepada 46.8 mata pada Julai, lebih rendah daripada anggaran konsensus sebanyak 48.8 mata.

Beliau berkata, responden kepada kaji selidik ISM menunjukkan permintaan pengguna semakin perlahan dan sesetengah perniagaan memberikan tumpuan kepada mengurangkan inventori mereka.

“Tuntutan untuk insurans pengangguran di AS turut meningkat kepada 249,000 pada minggu lalu daripada 235,000 sebelum ini, menunjukkan pasaran buruh lemah.

“Ini (petunjuk) dilihat menyokong pandangan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah pada September berikutan ia perlu memastikan ekonomi dapat mencapai pertumbuhan selepas mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat untuk suatu tempoh,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, ringgit dilihat positif berbanding dolar AS berikutan perbezaan kadar faedah dijangka akan berkurangan antara Kadar Dana Persekutuan dan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“Selepas mencatatkan kenaikan mendadak berbanding dolar AS, kami masih berpendapat ringgit berada di bawah nilai sebenar, justeru, potensi kepada peningkatan masih amat ketara.

“Bagaimanapun, dorongan dalam kalangan peniaga untuk menyimpan keuntungan akan menyebabkan pembetulan dalam ringgit dalam masa terdekat,” katanya.

Sehubungan itu, katanya ringgit akan berada pada sekitar 4.56 hingga 4.57.

Related Posts

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

MIRI – Biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos operasi dan persaingan sengit, seorang pengusaha kedai bunga di sini membuktikan kecekalannya apabila berjaya mengekalkan kelangsungan perniagaan yang dibina sejak 28…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan dengan aktiviti domestik kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan biarpun berdepan persekitaran global yang mencabar dan tidak menentu. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM