Balai Bomba Merotai, KKIP dijangka siap tahun ini

TAWAU – Dua balai bomba baharu masing-masing di Merotai dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dijangka siap tahun ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jainal@Zainal Madasin berkata, balai bomba di Merotai dijangka siap pada April manakala di KKIP pada September.

“Permintaan balai bomba meningkat di negeri ini dan kita sudah ada Pitas, Nabawan dan Sook juga, Beaufort juga balai baharu yang baru operasi minggu lalu jadi Insya-Allah Merotai dijangka bulan April ini siap.

“Lawatan tapak di Merotai saya nampak banyak perubahan, pekerja kontraktor di sana pun 30 orang, jadi dengan balai yang banyak di Sabah iaitu 32 balai keseluruhannya akan pendekkan lagi ‘response time’ kita,” katanya kepada media dalam program Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Ops Musim Perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat JBPM Sabah di Bataras, pada Khamis.

Mengenai permintaan pembinaan balai bomba di Tungku, Zainal berkata, perancangan membina balai itu telah lama dirancang dan cadangan pembinaan di Felda Sahabat sementara di Telupid juga sedang dalam perancangan pada tahun ini untuk di bina.

Beliau turut memaklumkan pihaknya menerima 9,087 panggilan membabitkan kebakaran dan penyelamatan sepanjang 2024 di Sabah selain bagi tempoh Januari hingga semalam 1,768 panggilan turut direkodkan.

“Di Tawau, rumah atas air banyak rapat-rapat dan berpotensi kebakaran merebak serta lebih besar berbanding kawasan perumahan dan punca kebakaran mungkin kecuaian memasak berlanjutan tiada pemantauan atau meninggalkan rumah tanpa mencabut plag elektrik dari soket.

“Sebab itu kempen ini kita adakan untuk memberi kesedaran pada masyarakat setempat dan agar mereka sedar dengan kebakaran di peringkat kecil,” katanya.

Program disempurnakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah merangkap Ahli Parlimen Kalabakan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Sementara itu, Suryady turut menyeru penglibatan masyarakat dalam bomba komuniti atau SURI bagi wanita sebagai barisan hadapan yang bertindak mencegah awal kebakaran daripada terus merebak.

“Sudah pasti kita mahukan lebih banyak bomba komuniti, satu kampung satu bomba komuniti lebih baik dan penglibatan wanita menerusi SURI kerana kekerapan kebakaran juga turut bermula dari dapur.

“Di DUN Tanjung Batu, 20 SURI diberi latihan tahun lepas dan harap kempen berterusan bagi mendidik masyarakat sebagai persiapan dan pendedahan apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas jika berlaku insiden kebakaran.

“Jangan hanya bergantung pada bomba tapi perlu ada pengetahuan di peringkat masyarakat bagaimana hadapi kejadian tidak di ingini terutama pada musim perayaan, kita perlu waspada agar tidak berlaku apa-apa,” ujarnya.

Related Posts

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

KULIM – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengenal pasti kesan pembakaran haram membabitkan longgokan plastik, baju terpakai dan konkrit sehingga menyebabkan kacau ganggu dan ketidakselesaan penduduk sekitar Padang Serai di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

KUCHING – Seramai 62 peserta sayap Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyertai Program Cakna Demokrasi Petra Jaya bagi memperkukuh kefahaman kepemimpinan pada Sabtu lalu. Peserta yang mewakili PBB…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media