Kes bunuh Sabari di Kampung Empa dipindah ke Mahkamah Tinggi Alor Setar

KUBANG PASU – Mahkamah Majistret Jitra membenarkan kes kontraktor lelaki dan anak saudaranya yang didakwa membunuh pesara FELCRA, Sabari Baharom, 62, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Majistret Nurul Huda Idris memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Nordien.

Kedua-dua tertuduh iaitu Mazuan Hanafi, 39, dan pekerja kilang, Muhd. Asyraf Idris, 27, yang berada di kandang tertuduh mengangguk faham sebaik dimaklumkan kes mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Mereka diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Rawiah Koshim yang menyebut bagi pihak peguam, T. Jayaraj. Turut hadir pada prosiding itu ialah abang Allahyarham Sabari iaitu Ismail, 70, dan peguam pemerhati keluarga, Syuhada Mohd. Soberi.

Mengikut pertuduhan, Mazuan dan Muhd. Asyraf didakwa secara bersama membunuh Sabari di titi Kampung Empa di Sungai Padang Terap, di sini kira-kira pukul 5.30 pagi, 4 September tahun lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Suspek ditahan polis pada 27 September tahun lalu bagi membantu siasatan kes kehilangan Sabari yang dilaporkan hilang sejak awal September tahun lalu.

Kehilangan itu dianggap misteri kerana kereta Proton Waja milik mangsa ditemukan dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik.

Kedua-dua suspek kemudiannya mengaku telah mencampak warga emas itu ke Sungai Padang Terap di sini, dalam keadaan tangan mangsa diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Related Posts

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

PUCHONG – Briar Resources Sdn Bhd (Briar Resources) memberi jaminan bekalan baja kepada lebih 200,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara tidak akan terjejas walaupun syarikat itu kini berdepan pertikaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

KUANTAN – Kutipan hasil negeri Pahang mencecah lebih RM700 juta dalam tempoh kurang enam bulan tahun ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkembangan itu sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti