Kerajaan tidak pernah kata kuil akan dirobohkan – Ramanan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah sama sekali mengeluarkan perkataan merobohkan Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman yang terletak berhampiran Jalan Masjid India, sebaliknya mengalihkan dan memindahkan rumah ibadat berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan mengingatkan kepada pelbagai pihak, khususnya pembangkang berhati-hati dalam penggunaan perkataan yang boleh menyakitkan hati pihak-pihak tertentu.

Beliau memberi jaminan kerajaan sentiasa berlaku adil terhadap semua kaum dan mengambil perhatian serius terhadap isu pemindahan kuil melibatkan komuniti masyarakat India.

“Kalau kita lihat isu ketika ini tanah (pemilik) swasta dan tidak melibatkan (tanah) kerajaan namun kerajaan menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berunding mencari satu jalan penyelesaian yang harmoni kepada semua pihak dan ketika ini telah ada beberapa opsyen namun ia masih di peringkat perbincangan.

“Kerajaan masih lagi mengambil berat terhadap perkara ini. Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan beliau pun sangat mengambil berat atas isu itu. Beliau pun nak cari satu jalan penyelesaian yang baik, adil, saksama dan harmoni,” katanya ketika ditemui media selepas melawat Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ramanan memaklumkan, walaupun secara dasarnya pihak kuil mahu kekal untuk tidak berpindah namun mereka terbuka dan bersedia untuk mengadakan rundingan mahupun perbincangan agar isu ini dapat diselesaikan secara saksama.

“Hasil perbincangan dengan pihak kuil tadi, mereka lebih nak duduk di sini, ini mana mana pihak pun kalau suruh berpindah rumah pun, saya faham tetapi isu dia mereka mahu kerajaan menjadi satu pihak tengah dalam mengadakan pertemuan antara pihak swasta yang memiliki tanah ini dengan pihak kuil tetapi isu dia ketika ini,” katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Sungai Buloh itu menyeru semua pihak, termasuk pemimpin masyarakat dan ahli politik untuk menghentikan sentimen agama serta perkauman berikutan ia akan membangkitkan perpecahan kaum di Malaysia.

Ramanan meluahkan kekesalan apabila kebelakangan ini kenyataan berbaur agama dan bangsa kerap dilontarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, khususnya pihak pembangkang.

“Semuanya dihasut oleh sentimen perkauman, tengok komen-komen (di media sosial) bukan sahaja daripada masyarakat biasa malah pemimpin politik pun sama. Jangan tunggang isu agama dan isu perkauman.

“Tak ada modal lain ke nak bercakap? Ini pendapat peribadi saya, beberapa hari ini ada pemimpin pembangkang memainkan isu melibatkan sama ada Perdana Menteri boleh kekal 10 tahun, dua penggal atau tidak, ada
yang kata ini salah dari segi agama.

“Ini betul-betul kegilaan apa? Semua nak kaitkan dengan agama dan kaum. Saya cukup marah dengan isu ini, jadi tolonglah, itu perlu dihentikan,” katanya.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan