APM terima 6 panggilan kes pokok tumbang, tanah runtuh akibat cuaca buruk di Sandakan

SANDAKAN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan menerima masing-masing enam kes panggilan kes pokok tumbang dan tanah runtuh akibat cuaca buruk di sekitar daerah di sini, pada Khamis.

Antara lokasi yang terlibat dengan kejadian pokok tumbang adalah Taman Grandview; Jalan Cecily; Batu 19 dan Taman Sentosa.

Sementara itu, kejadian tanah runtuh berlaku di Batu Sapi; Pohing Jalan Batu Sapi; Jalan Cecily; Taman Sentosa dan Apartmen Sentosa.

Menurut kenyataan APM Sandakan, panggilan tersebut diterima dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sandakan, Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) Sabah serta orang awam.

“Sepasukan dua pegawai dan 19 anggota lain-lain pangkat telah digerakkan untuk memberi respon kepada kejadian tersebut.

“APM menggunakan dua buah jentera, empat baju hujan dan enam gergaji berantai untuk mengendalikan situasi.

“Kesemua kes pokok tumbang dan pemantauan tanah runtuh berjaya dikendalikan dengan baik oleh pasukan APM Sandakan,” kata kenyataan tersebut.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik