2 anggota polis, 2 lelaki mengaku tidak bersalah miliki 240,000 mercun bola

KANGAR – Dua anggota polis bersama dua orang awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 240,000 biji mercun bola bernilai RM35,000 di sebuah rumah minggu lalu.

Tertuduh, Lans Koperal E. Lohindran, 32; Koperal Mohd Hisyamuddin Ahmad Mispha, 37; Nurrul Azizol Mohamad, 40; dan Fairul Izwan Abdul Aziz, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Menurut kertas pertuduhan, mereka bersama individu yang masih bebas didakwa memiliki bahan letupan tanpa kebenaran yang sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 15 Mac lalu di sebuah rumah di Taman Kemajuan, Kangar sekitar pukul 4.30 petang.

Bahan letupan tersebut didakwa terdiri daripada 80 bungkusan plastik hitam yang mengandungi 240,000 biji mercun bola.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia, Inspektor S. Mageswaran.

Peguam Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian mewakili Lohindran dan Mohd Hisyamuddin, manakala Nurrul Azizol dan Fairul Izwan diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan jaminan maksimum sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, pihak pembelaan merayu agar kadar ikat jamin dikurangkan atas faktor tanggungan keluarga serta masalah kesihatan ibu salah seorang tertuduh yang menghidap kanser tulang.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh serta menetapkan 21 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills