‘Jaga emosi, elak bunuh imej Islam tanpa sedar’

PUTRAJAYA – Individu yang gagal mengawal emosi bukan sahaja menimbulkan perlakuan mencederakan orang lain, malah secara langsung mencalar maruah dan keperibadian individu hingga akhirnya membunuh imej Islam tanpa sedar.

Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ashraf Hadi berkata, Islam tidak pernah memberi ruang untuk bertindak secara agresif dan melampaui batas.

Menurutnya, Islam adalah agama yang mengangkat hikmah, kasih sayang, serta kebijaksanaan sebagai tunjang utama dalam dakwah dan kehidupan.

“Baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan tindakan seorang pengerusi surau ditahan reman selepas mencederakan pelajar lelaki dalam satu perselisihan faham ketika memandu. Insiden itu gambaran mudah menjelaskan bagaimana sikap tidak rasional, emosi melulu dan kurangnya pertimbangan menyebabkan imej agama Islam tercemar di mata masyarakat.

“Walaupun perselisihan di jalan raya sering berlaku, namun menggunakan kekerasan fizikal untuk menyelesaikan masalah hanyalah mencerminkan sikap lemah, tidak matang dan jauh menyimpang daripada nilai-nilai Islam yang sebenar.

“Insiden kedua menyaksikan seorang warga emas bertindak angkuh menampar seorang pemuda bukan Islam yang makan secara terbuka di bulan Ramadan. Walaupun pemuda itu dianggap kurang peka atau sensitif pada masyarakat Islam, ia tidak sesekali memberi lesen kepada mana individu untuk bertindak biadap dan ganas,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ashraf berkata, teguran seharusnya dengan cara mendidik dengan penuh kebijaksanaan, bukannya menunjukkan kuasa melalui tamparan kasar yang menjatuhkan maruah diri sendiri serta mencalar imej Islam.

Jelasnya, Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap agresif serta angkuh berikutan perbuatan itu tidak hanya gagal membetulkan keadaan, bahkan mengeruhkan hubungan sesama manusia serta menanam benih kebencian dalam masyarakat majmuk

“Tindakan sebegini tidak mencerminkan ketinggian ajaran Islam, tetapi memperlihatkan kejahilan, keangkuhan, serta sikap melampau yang hanya menjauhkan masyarakat daripada menghormati Islam sebagai agama yang penuh rahmat.

“Dua peristiwa itu, meskipun berlainan situasi dan latar belakang, hakikatnya berpunca daripada masalah sama, gagal bertindak rasional, matang, dan bijaksana. Setiap Muslim perlu sedar bahawa setiap tindakan mereka sentiasa dinilai, selain dijadikan kayu ukur masyarakat bukan sahaja terhadap diri sendiri, malah lebih penting, terhadap agama Islam,” katanya.

Sehubungan itu, Ashraf menyeru setiap masyarakat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa, wajib bertindak secara matang, rasional serta berhemah.

Bagi umat Islam, jelasnya, ia adalah satu keperluan untuk meningkatkan pengawalan emosi, meningkatkan ilmu serta akhlak, dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai panduan utama dalam bertindak.

“Jangan cemari kesucian agama Islam dengan kedangkalan, keangkuhan, dan sikap melampau diri sendiri. Islam itu agama mulia yang dipenuhi rahmat dan hikmah, jangan sesekali hinakannya dengan kedangkalan serta tindakan jahil yang merugikan seluruh umat.

“Setiap kali umat Islam gagal mengawal emosi atau bertindak tanpa pertimbangan akal yang waras, mereka secara langsung menjadi penyumbang kepada kerosakan imej Islam di mata masyarakat dunia.

“Mereka jugalah yang membuka ruang untuk agama ini dipandang serong, dihina, malah disalah anggap sebagai agama yang memupuk keganasan. Jangan kerana sikap seorang dua yang tidak matang ini, seluruh umat Islam dan agama Islam menerima kesan buruknya,” katanya.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET