Kerajaan Sabah hargai jasa, pengorbanan pasukan barisan hadapan negara

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan pasukan barisan hadapan yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tatkala negeri Sabah diuji dengan pelbagai bencana seperti banjir dan kebakaran, petugas pasukan unit badan beruniform, pasukan keselamatan dan petugas kesihatan tidak pernah mengeluh sebaliknya terus berkhidmat tanpa mengira erti penat lelah.

“2025 ini sahaja, beberapa daerah di Sabah antaranya Kota Marudu, Beaufort dan Paitan dilanda banjir selain kebakaran yang menyebabkan 80 keluarga kehilangan tempat tinggal.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa menghormati dan menghargai jasa bakti semua termasuk pasukan keselamatan yang sentiasa berkorban masa, jiwa dan rakyat dalam memastikan persempadanan negara terkawal dan selamat.

“Apabila situasi dalam negara aman dan tentera, maka rakyat boleh hidup dalam keadaan lebih selamat, lebih selesa serta rukun dan damai,” katanya semasa berucap di Majlis Penyerahan Kuih-muih Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025, di Menara Kinabalu, pada Selasa.

Hajiji berkata, majlis penyerahan kuih-muih itu penting dan sangat bermakna kerana ia sebagai tanda ingatan terhadap pengorbanan besar anggota barisan hadapan.

“33 agensi kerajaan terdiri daripada pelbagai Kementerian, Jabatan dan agensi negeri serta Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam menyumbang kuih-muih Hari Raya.

“Sementara itu, 15 pasukan keselamatan dan petugas kesihatan yang akan menerima sumbangan kuih-muih ini.

“Semoga usaha murni kita sepanjang bulan Ramadan ini akan memberikan semangat dan iltizam kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan untuk terus berkhidmat dan penuh dedikasi demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara,” tambahnya.

Related Posts

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

PELBAGAI projek pembangunan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 berpotensi membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Kelantan, khususnya dalam menangani isu bekalan air bersih, banjir dan kemudahan pengangkutan awam. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

KUANTAN – Pengumuman kerajaan meluluskan peruntukan RM1.26 bilion kepada FELDA pada pembentangan Belanjawan 2027 semalam menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan nasib warga peneroka. Dengan tumpuan kepada pengukuhan kedudukan kewangan agensi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah