TUNGKU – Pemimpin di seluruh negeri ini diseru agar lebih peka dan prihatin terhadap keperluan rumah ibadat, khususnya surau dan masjid di luar bandar yang memerlukan penyelenggaraan.
Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah), Suling Isib berkata, keperluan pembaikan segera kerosakan dari aspek peralatan dan struktur bangunan penting demi kesejahteraan masyarakat.
“Keprihatinan terhadap rumah ibadat amat perlu bukan sahaja untuk keperluan semasa tetapi juga untuk kesejahteraan jangka panjang.
“Justeru, pemimpin harus mengutamakan kebajikan rumah ibadat tanpa mengira agama, agar setiap komuniti dapat beribadah dengan selesa dan aman,” katanya selepas mengadakan lawatan serta menyampaikan sumbangan di Masjid Felda Sahabat dan beberapa masjid serta surau di sekitar Tungku.
Dalam lawatan itu, Suling yang juga Ketua Gabungan Rakyat sabah (GRS) Sabah zon Tungku turut memberi sumbangan berupa wang tunai dan kurma kepada masyarakat Islam di kawasan tersebut bersempena bulan Ramadan selain membuka ruang untuk beramah mesra dengan penduduk setempat.
Dalam pada itu, Suling turut menegaskan bahawa StarSabah berpegang teguh kepada prinsip perpaduan dan menolak sebarang usaha membawa isu sensitif berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) di Sabah.
“Kita harus menghargai serta meraikan kepelbagaian agama dan budaya di negeri ini.
“Sikap saling hormat-menghormati dan berkasih sayang adalah kunci utama dalam mengekalkan perpaduan serta keharmonian masyarakat,” katanya.
Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…
Lebih lanjut





