Syafiq tawar diri tanding Ketua Cabang, Ketua AMK Silam bakal bawa nafas baharu politik anak muda

LAHAD DATU – Bekas Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Silam, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin menawarkan diri bagi jawatan Ketua Cabang PKR Silam dan Ketua AMK dalam pemilihan parti peringkat cabang pada April depan dipercayai bakal membawa pembaharuan dalam landskap politik generasi muda.

Syafiq, 24, berkata, kehadiran pemimpin muda dalam politik negara semakin penting bagi memastikan generasi ini bukan sekadar menjadi pemerhati, tetapi turut berperanan sebagai penyelesai masalah serta pemegang taruh dalam kepimpinan negara.

“Saya melihat landskap politik pada masa ini perlu anak muda juga diketengahkan sebagai seorang pemimpin.

“Saya lihat juga, dalam era kepimpinan MADANI ini, banyak anak muda menjadi pemimpin dan wakil rakyat,” katanya kepada media selepas program berbuka puasa dan penamaan calon pemilihan PKR Cabang Silam sesi 2025-2028.

Jelas Syafiq yang menyertai PKR pada 2023, pencalonannya bagi jawatan Ketua Cabang adalah sebahagian daripada pendekatan baharu dalam memperkasa kepimpinan muda khususnya di Parlimen Lahad Datu yang masih kekurangan pemimpin muda.

“Saya harap munculnya saya sebagai calon termuda, mungkin di seluruh Malaysia saya berharap menjadi nafas baharu sebagai landskap politik di Sabah khususnya Lahad Datu,” katanya.

Terdahulu, PKR memutuskan pencalonan jawatan-jawatan Ahli Jawatankuasa Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang ditetapkan bermula hari ini sehingga 16 Mac sementara pemilihan ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP