STOLPort Bebuling dijangka beroperasi November 2025, pacu peluang ekonomi Betong

BETONG – Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLPort) Bebuling kini dijangka memulakan operasi pada November 2025, membuka peluang besar untuk memacu sektor pelancongan dan ekonomi di kawasan ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menyatakan projek bernilai RM248 juta itu kini dalam fasa akhir pembinaan, mencapai 73.77 peratus siap. 

“Kami optimis STOLPort Bebuling akan siap sepenuhnya menjelang November 2025. Fokus kami kini adalah memastikan semua keperluan operasi dipenuhi agar lapangan terbang ini dapat digunakan seperti yang dirancang,” kata beliau ketika ditemui selepas lawatan ke tiga projek utama di Betong, pada Jumaat.

Tiga projek yang dilawati termasuk STOLPort Bebuling, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Betong, serta Jambatan Sungai Paku, semuanya dilaporkan berjalan mengikut jadual.

Douglas menjelaskan STOLPort Bebuling dirancang dengan dua matlamat utama; memudahkan kemasukan pelancong dan mengukuhkan sektor eksport produk tempatan.

“Lapangan terbang ini akan menyokong pengembangan sektor pelancongan dengan akses mudah ke destinasi menarik seperti Bukit Sadok dan Batang Ai, yang hanya sejam perjalanan dari sini. Kami juga ingin menjadikan kawasan ini sebagai hab eksport produk-produk agro tempatan,” jelas beliau.

Beliau turut menekankan bahawa projek ini melibatkan pembangunan Taman Agro  yang bakal menjadi pusat utama pengeluaran dan eksport hasil tani.

“Pembangunan ini bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi berlandaskan matlamat yang jelas untuk manfaat jangka panjang penduduk tempatan dan ekonomi kawasan ini,” tambah beliau.

STOLPort Bebuling bakal menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tempatan, AirBorneo, yang akan memainkan peranan penting dalam operasi penerbangan di kawasan ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap ADUN Layar, Datuk Gerald Rentap Jabu; Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr Richard Rapu; Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Ir Dr Cassidy Morris.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP