DBKK, PDRM dan JKM perkasa tindakan bersepadu tangani isu pengemis Palauh

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memperkasa tindakan bersepadu bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam menangani isu gangguan pengemis Palauh (komuniti Bajau Laut) di bandar raya ini.

Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Luar Bandar DBKK, Rahim Karim berkata pengemis palauh ini sering kali mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, terutamanya apabila ada segelintir mereka yang bertindak agresif.

“Mereka mengetuk kenderaan di jalan raya, masuk jalan yang bahaya untuk meminta sedekah.

“Kadang-kadang selagi tuan-tuan tidak bagi, mereka akan ketuk kenderaan tuan-tuan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Bijak Membantu, Elak Tertipu 2025 di Pekarangan Masjid Negeri Sabah, di sini pada Jumaat.

Jelas beliau, antara usaha dibuat dengan mengalihkan mereka dari kawasan tumpuan bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan kepada masyarakat.

Antara yang dilaksanakan iaitu Kempen Anti Pengemisan bertemakan ‘Bijak Membantu, Elak Tertipu’ sepanjang bulan Ramadan iaitu antaranya dengan meningkatkan pemahaman masyarakat untuk tidak memberikan wang kepada pengemis sebaliknya menyalurkan sumbangan ke tempat yang betul seperti rumah kebajikan, pertubuhan sukarelawan kebajikan dan rumah ibadat.

Selain itu, mendidik masyarakat untuk membuat aduan kepada JKM yang berhampiran atau Talian Kasih sekiranya terdapat aktiviti pengemisan termasuk memastikan masyarakat peka dan cakna bahawa aktiviti pengemisan adalah salah dari segi perundangan.

Tegasnya, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan pandangan masyarakat terhadap Kota Kinabalu semakin negatif.

“Jika kita tidak bertindak, pelancong dan orang luar mungkin menganggap Kota Kinabalu sebagai ‘bandar raya pengemis’, sedangkan hakikatnya tidak begitu.

“Kami bersama PDRM, JKM dan agensi lain sedang berganding bahu menangani isu ini dengan pendekatan yang berhemah,” katanya.

Mengulas video tular yang menunjukkan seorang kanak-kanak pengemis memegang pisau ketika meminta sedekah, Rahim menegaskan bahawa aspek jenayah adalah di bawah bidang kuasa polis, namun DBKK tetap memainkan peranan dalam aspek pemantauan dan pencegahan.

Jelasnya, DBKK tidak mempunyai kuasa menangani jenayah, namun pihak polis sentiasa bersedia bertindak terhadap sebarang ancaman keselamatan.

Dalam pada itu, beliau yakin terhadap usaha JKM yang menubuhkan satu pasukan dan prosedur operasi standard (SOP) untuk mencegah pengemis terus berleluasa walaupun tiada sumber kuasa di bawah undang-undang kecil (UUK).

“Dari segi undang-undang pun, kita PBT tidak mempunyai apa-apa sumber kuasa di bawah undang-undang kecil.

“Kita tidak duduk diam tetapi kita bekerjasama dengan PDRM, JKM dan pelbagai agensi.

“Untuk menangani masalah ini orang cakap ‘menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak’.

“Erti kata lain, kita walaupun tidak mempunyai bidang kuasa, tapi kita cuba membuat satu tindakan yang berhemah,” tegasnya.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka