PRK Ayer Kuning: PN dijangka lancar jentera kempen pada Sabtu

BAHANG Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Parlimen Tapah, kian dirasai.

Parti-parti yang bakal bertanding sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun Perikatan Nasional (PN) mempunyai cara serta gerak kerja tersendiri mereka dalam melakukan persiapan menjelang PRK yang akan dilangsungkan pada pada 26 April depan.

Manakala penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 12 dan 22 April.

Difahamkan, PN akan mengambil langkah dengan menjadi parti terawal bakal melancarkan jentera kempen secara rasmi yang dijangka berlangsung pada Sabtu (esok) 15 Mac.

Perkara (pelancaran jentera) itu juga telah di uar-uarkan secara meluas melalui poster dan aplikasi WhatsApp.

Menurut sumber parti terbabit, majlis pelancaran tersebut dijadual akan disempurnakan oleh Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Padang Awam Tapah Road, Tapah bermula jam 10 malam.

Ujarnya, pada majlis itu nanti, akan ada penyampaian watikah kepada petugas jentera PRK DUN Ayer Kuning selain ucapan serta amanat daripada pimpinan tertinggi PN.

Antara pimpinan yang akan menyampaikan ucapan pada majlis itu termasuklah Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah; Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangkap Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Mengulas lanjut, sumber tersebut turut memaklumkan pada hari kejadian, hanya gimik pelancaran dan ucapan pimpinan sahaja yang akan diadakan.

Manakala jelasnya, pengumuman calon hanya akan dibuat menjelang hari penamaan calon nanti.

PRK DUN Ayer Kuning perlu dilaksanakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin (BN) pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung.

Related Posts

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

KULIM – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya minggu lalu. Tertuduh, G. Vikneswaran, 43, yang tidak diwakili peguam mengangguk faham sebaik pertuduhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

KINABATANGAN – Lebih 980,000 pokok telah ditanam di Kawasan Konservasi Sungai (Sg) Pin (SPnCA) sejak 2003 menerusi pelbagai usaha pemulihan dan kerjasama strategik dalam memelihara biodiversiti di kawasan berkenaan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia

Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia

Kemeriahan sukan air dan warisan komuniti sedia warnai Regatta Subis @ Niah 2026

Kemeriahan sukan air dan warisan komuniti sedia warnai Regatta Subis @ Niah 2026