Proses rakam keterangan Ismail Sabri sambung pagi ini

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kembali menyambung memberi keterangan kepada kumpulan penyiasat SPRM pada jam 9 pagi ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, arahan dikeluarkan kepada bekas Perdana Menteri ke-9 itu selepas lima jam memberi keterangan kepada pegawai SPRM semalam.

“Ya, benar. Beliau akan kembali ke Ibu Pejabat SPRM esok (ini) pada jam 9 pagi,” katanya.

Azam turut menolak khabar angin bahawa Ahli Parlimen Bera itu ditangkap ketika tampil memberi keterangan semalam.

Jelasnya, masih ada beberapa perkara perlu dijelaskan Ismail Sabri kepada pasukan penyiasat SPRM yang sedang meneliti hasil siasatan.

“Kami menugaskan ramai pegawai untuk menyiasat kes ini kerana terdapat ratusan dokumen perlu dianalisis,” ujarnya.

Azam berkata, SPRM perlu melengkapkan proses pengambilan kenyataan Ismail Sabri sebelum boleh memutuskan apa lagi diperlukan dalam siasatan kes itu.

Tambahnya, SPRM perlu diberi ruang dalam menjalankan siasatan kes itu secara menyeluruh, telus serta adil.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET