Joniston komited majukan pertanian, lonjak ekonomi Kiulu

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai komited memperkasa sektor pertanian di Kiulu dengan mengoptimumkan potensinya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.

Menurut Joniston, inisiatif itu untuk memberi fokus agresif terhadap pembangunan pertanian susulan kejayaan menjadikan Kiulu sebagai destinasi pelancongan luar bandar.

“Pertanian dan pelancongan adalah dua sektor yang saling melengkapi dan mampu mengubah landskap luar bandar Kiulu secara signifikan.

“Dengan infrastruktur lebih baik, perancangan strategik dan pemindahan ilmu yang berkesan, kita dapat mewujudkan peluang yang bukan sahaja meningkatkan produktiviti pertanian malah memperkaya pengalaman pelancongan berasaskan sumber semula jadi kita,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Usaha tersebut dibuat melalui melalui kerjasama antara pihaknya dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) serta Jabatan Pertanian (DoA) Tuaran yang kini sedang dilaksanakan.

Sebelum itu, pada Rabu, Joniston mengadakan perbincangan dengan Pegawai Kanan Pertanian Tuaran, TS Nor Shafareena Hamsa dan pegawainya di Pejabat Pertanian Tuaran.

Dalam perbincangan itu, Joniston dimaklumkan bahawa Kiulu terpilih untuk projek perintis penanaman padi berhasil tinggi yang dilancarkan di Kampung Tompinahaton pada akhir tahun lalu.

Bagi menyokong pembangunan pertanian di kawasannya, Joniston mengambil keputusan memperuntukkan RM1.5 juta daripada peruntukan ADUN beliau untuk menaik taraf jalan-jalan pertanian sedia ada serta membina jalan-jalan pertanian baharu.

Katanya, berdasarkan rekod daripada Pejabat Daerah Kecil Kiulu, terdapat 73 jalan pertanian dan pihaknya merancang untuk meningkatkan banyak daripadanya.

“Kira-kira 40 jalan pertanian akan dinaik taraf tahun ini manakala beberapa jalan baharu akan dibina.

“Tumpuan juga akan diberi kepada penyediaan pengetahuan dan motivasi yang diperlukan golongan belia, terutamanya graduan menggangur bagi menceburi bidang pertanian dan pelancongan sementara menunggu penempatan pekerjaan,” kata beliau.

Sehubungan itu, jelasnya inisiatif ini selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan pertumbuhan sektor pertanian sebagai tunjang utama dalam merancakkan ekonomi negeri dan mengurangkan bil import makanan.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan Kiulu sebagai model pembangunan luar bandar bersepadu yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya dalam pemerkasaan ekonomi dan penciptaan peluang pekerjaan,” ujarnya.

Tambahnya, penubuhan kilang memproses nanas dan halia serta kemudahan pembungkusan padi bukit di Kiulu juga sedang dalam perancangan.

“Walaupun Kiulu merupakan kawasan luar bandar, kami optimis bahawa dengan perancangan yang betul, dapat membawa Kiulu berkembang dalam sektor pelancongan, pertanian dan pembuatan selaras dengan pelan pembangunan SMJ,” katanya lagi.

Related Posts

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

SANDAKAN – Kira-kira 200 rumah kediaman atas air di Kampung Bahagia, musnah dalam kebakaran besar yang berlaku awal pagi Sabtu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri menggesa pihak berkuasa memberikan penjelasan secara telus berhubung isu penamatan kontraktor bagi projek naik taraf Kolam Renang Awam Miri yang dilaporkan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi