Hajiji mahu pertahan kerusi disandang GRS

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menegaskan hasrat untuk mempertahankan semua kerusi yang dimenangi parti itu dalam pilihan raya lalu.

“Salahkah bagi saya, kalau cakap kita pertahankan kerusi yang kita sandang?

“Jadi fikir-fikirkanlah. Jangan kerusi orang lain pun kita mahu ambil, bagaimana kita kerjasama,” kata Hajiji ketika mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa Pakatan Harapan (PH) turut berminat untuk mendapatkan kerusi yang disandang oleh GRS sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Pelancaran Sumbangaan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA), di Dewan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, di sini, pada Khamis.

Hajiji berkata, pihaknya akan mengutamakan calon yang boleh menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Kita berbincang dengan parti-parti komponen dan kita akan memperkenalkan calon yang boleh menang. Siapa menang, itu kita bagi.

“Memanglah kita akan pertahankan kerusi-kerusi yang kita ada sekarang ini. Tapi siapa boleh menang, kita akan bagi,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai agihan kerusi Gagasan Rakyat, Hajiji berkata, pihaknya akan berbincang dengan parti-parti komponen Gagasan Rakyat untuk menentukan agihan kerusi.

“Kita akan berbincang dengan parti-parti komponen GRS.

“Kemudian kita akan berbincang dengan parti gabungan kita dalam kerajaan iaitu PH Plus. Jadi bila sampai masanya kita akan selesaikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata kebijaksanaan dan kematangan dalam perbincangan adalah penting dalam menguruskan rundingan antara parti demi kebaikan negeri.

“Sebagai pemimpin, kita kena mempunyai kebijaksanaan dan kematangan terutama sekali dalam urusan kita.

“Berbincang bersama-sama untuk kebaikan negeri. Niat kita untuk membangun negeri,” ujarnya.

Related Posts

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

AYER KEROH – PKR diseru untuk tidak lagi terperangkap dengan sentimen politik identiti dan perkauman yang dimainkan pihak lawan demi mencipta persepsi negatif terhadap Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

AYER KEROH – Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan dan dakyah pihak lawan yang cuba menggambarkan kerajaan serta parti itu sebagai gagal melaksanakan agenda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony