MCMC siasat individu muat naik kandungan palsu berkait laungan azan Masjid Ayer Kuning

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka siasatan ke atas seorang lelaki yang memuat naik kandungan palsu berunsur 3R (kaum, agama dan raja) berkait isu larangan laungan azan menggunakan pembesar suara di Masjid Ayer Kuning, Taiping.

MCMC menerusi satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, pihaknya kini sedang menyiasat seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun kerana disyaki memuat naik kandungan palsu berunsur 3R yang menyentuh sensitiviti agama.

Menurutnya, kandungan berkenaan dipercayai dimuat naik menerusi laman aplikasi Facebook miliknya pada 9 Mac 2025 lalu yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan ketika ini.

“Sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut telah dijalankan di Balai Polis Taiping semalam (12 Mac 2025). Sebuah telefon bimbit serta satu kad SIM telah disita bagi tujuan analisis forensik,” katanya.

Terdahulu, pasukan Penguat kuasa MCMC telah menyerahkan satu notis kehadiran di bawah seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kepada individu terbabit bagi menghadiri sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta 588 dan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

“MCMC ingin menasihatkan kepada orang ramai agar menggunakan platform media sosial dengan penuh tanggungjawab serta berhemah dan tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang kandungan berunsur 3R yang boleh mengancam keharmonian kaum dan agama di negara ini,” ujarnya.

Terdahulu, tular mengenai Masjid Bestari Kampung Ayer Kuning konon dikatakan tidak boleh melaungkan azan menggunakan pembesar suara luar masjid dan hanya boleh menggunakan pembesar suara di dalam, lalu mengaitkan ia dengan isu 3R serta politik kepartian.

Turut ditularkan kononnya tindakan masjid melaungkan azan hanya menggunakan pembesar suara dalaman masjid disebabkan aduan penduduk sekitar yang berasa terganggu dengan laungan azan disifatkan agak nyaring atau kuat.

Walau bagaimanapun, menurut pengerusi masjid itu, Abu Bakar Che Ros, situasi azan tidak didengari ahli kariah itu berpunca masalah sistem siar raya (PA system) masjid berkenaan yang berlaku sejak beberapa hari lalu yang sehingga kini masih dalam proses pembaikan.

Beliau berkata, laungan azan termasuk Maghrib yang menandakan waktu berbuka puasa, tidak didengari penduduk sekitar disebabkan penggunaan pembesar suara atau ‘speaker’ bahagian dalam masjid sahaja, berbanding pembesar suara di bahagian luar yang mengalami masalah teknikal.

“Penggunaan pembesar suara dalam ini pun adalah selepas kita menerima sedikit nasihat daripada pejabat agama. Ia kerana pembesar suara di luar masjid mengalami masalah, bunyi yang dihasilkan tidak sekata, ada ketika terlampau kuat, boleh bertukar sangat perlahan.

“Untuk mengelakkan bunyi yang tidak seragam itu, kami memanggil juruteknik dari Ipoh untuk membaikinya dan pembaikan dijangka mengambil masa. Berikutan itu, ketika ini azan dilaungkan mengguna pembesar suara bahagian dalam.

“Tiada kena mengena langsung dengan tekanan pihak tertentu termasuk mengaitkan ia dengan politik. Saya maklum ada mengaitkan situasi ini dengan politik memandangkan kariah Masjid Ayer Kuning ini namanya sama dengan Ayer Kuning di Tapah yang akan menghadapi pilihan raya kecil,” katanya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri