PRK DUN Ayer Kuning: Ketua Pemuda UMNO Tapah dinamakan sebagai calon? 

KETUA Pemuda UMNO Tapah, Fahmi Ahmad Jakhisi dikatakan hampir pasti dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, 22 April depan.

Sumber memaklumkan, Fahmi antara nama yang disebut-sebut sebagai pilihan utama daripada lima calon yang telah ditapis, susulan Naib Ketua Pemuda UMNO Perak itu merupakan sosok pemimpin yang berkelayakan dan sesuai dalam membawa suara parti di peringkat akar umbi.

Berdasarkan kriteria yang dimiliki, beliau berkata, Fahmi didakwa telah mendapat restu oleh kepimpinan tertinggi Perak, selain menepati syarat ditetapkan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta kepemimpinan UMNO Bahagian Tapah.

“Fahmi telah pun melepasi kriteria yang dimahukan penduduk iaitu calon orang tempatan, di mana beliau dilahir dan dibesarkan di Kampung Jawa, Ayer Kuning selain beliau sering turun padang di kawasan kerana beliau pernah berkhidmat dengan Datuk Samsudin (Abu Hassan). Walaupun ada calon lain, apa yang pasti ura-ura kuat mengatakan Fahmi akan dipilih.

“Ini kawasan putih UMNO, sudah pasti pihak kepimpinan akan meneliti secara terperinci siapa calon dan pastinya perlu dikenali masyarakat setempat. Dengan ciri ada pada Fahmi, ia sekaligus sudah pun menepati kehendak kepimpinan tertinggi BN. 

“Ini dilihat sebagai isyarat bahawa beliau akan terpilih kerana ketokohan yang dimiliki Fahmi seiring dengan aspirasi kepimpinan di peringkat pusat, bahagian dan cawangan, katanya ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP), pada Khamis

Terdahulu, BN akan mengumumkan calon dari UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kira-kira seminggu sebelum hari penamaan calon pada12 April depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengumuman calon itu akan diadakan bersempena Majlis Pelancaran Jentera BN PRK Ayer Kuning.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, UMNO sudah menyenarai pendek enam nama selepas perbincangan beliau bersama Pengerusi BN Perak yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO sebelum ini berkata, BN tidak akan mengemukakan calon di luar daripada senarai calon yang disenarai pendek oleh BN Perak.

Media turut melaporkan Samsudin yang merupakan bekas ADUN Ayer Kuning yakin kepimpinan Pemuda sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 26 April ini.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selama empat penggal sejak 2004 itu berkata, semangat memimpin dan kebolehan berinteraksi dengan golongan belia dan pengundi baharu dapat memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat di DUN Ayer Kuning.

Kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning berlaku susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 59, selepas rebah ketika menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat lalu mengumumkan tarikh bagi penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning akan dilaksanakan pada 12 April depan, diikuti undi awal pada 22 April, manakala tarikh mengundi ditetapkan pada 26 April membabitkan 31,897 pengundi berdaftar

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri