Majlis Tenaga Sabah lulus 1,000 MW atasi kekurangan bekalan elektrik di Sabah

TUARAN – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meluluskan 1,000 megawatt (MW) tenaga elektrik melalui beberapa projek penjanaan bagi memenuhi keperluan tenaga bagi mengatasi kekurangan bekalan elektrik dan meningkatkan keperluan tenaga di Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tenaga Sabah, kelulusan itu diberikan setakat bulan lalu selaras dengan usaha kerajaan memastikan Sabah tidak lagi menghadapi masalah kekurangan tenaga pada masa akan datang.

Menurutnya, langkah ini diambil susulan peralihan kuasa kawal selia tenaga kepada Kerajaan Negeri sejak Januari tahun lalu.

“Kita mendapat kuasa kawal selia tenaga yang diturunkan daripada kerajaan persekutuan pada Januari tahun lalu dan saya selaku Pengerusi Majlis Tenaga Sabah setakat bulan lepas kita telah meluluskan hampir 1,000 MW tenaga yang bakal dijana.

 “Ia termasuk membina hidro elektrik dan juga penggunaan kaedah lain seperti solar serta turbin angin yang sekarang kita luluskan kepada beberapa syarikat tempatan,” katanya semasa Majlis Seikhlas Budi, Sesuci Ramadan anjuran Sabah Electricity Sdn Bhd bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sulaman dan Mukim Indai Tuaran di Dewan Terbuka Kampung Simpangan di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, mengenai gangguan elektrik semasa, beliau berkata situasi kini jauh lebih baik berbanding beberapa tahun lalu.

“Walaupun ada gangguan elektrik, sebenarnya keperluan tenaga sejak beberapa tahun ini cukup tinggi kerana pelabur ramai datang dan mereka perlukan tenaga yang besar.

“Tapi syukur dengan pengurusan Sabah Electricity dan kepimpinan pengerusinya, kita dapat mengatasi masalah ini dan nampak gangguan tidaklah sekerap beberapa tahun dulu,” katanya.

Hajiji yakin bahawa Sabah Electricity mampu mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan pengguna di negeri ini tidak mengalami gangguan bekalan.

“Sabah Electricity sedang melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS), ianya bertujuan untuk memastikan bekalan tenaga elektrik bertambah baik di negeri ini,” katanya.

Hajiji yakin bahawa usaha kerajaan yang sedang dilaksanakan ketika ini mampu menyelesaikan masalah bekalan air tahun ini, dengan peruntukan RM300 juta daripada Kerajaan Persekutuan dimanfaatkan untuk meningkatkan kapasiti loji rawatan air (LRA) di seluruh negeri.

 “Bagi di Tuaran saja, LRA Telibong Satu dan Telibong Dua sudah siap dan mampu menjana sehingga 160 juta liter sehari (JLS) air bersih untuk kegunaan pengguna di Tuaran dan Kota Kinabalu.

 “Sekarang ini hanya menunggu projek pemasangan paip dari loji di Telibong ke Kota Kinabalu dan saya dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya bahawa projek itu dijangka siap pada Jun depan.

“Apabila siap nanti, kita percaya tiada lagi masalah kekurangan bekalan air khususnya di Tuaran, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), sebahagian kawasan Kota Kinabalu, termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS),” ujarnya.

Dalam majlis tersebut, Hajiji turut menyampaikan sumbangan zakat kepada 878 asnaf, dengan 500 orang menerima sumbangan daripada Sabah Electricity dan 378 orang lagi menerima sumbangan peribadi beliau.

Selain itu, Masjid At-Taqwa Kampung Simpangan turut menerima sumbangan zakat sebanyak RM5,000 daripada Sabah Electricity.

Turut hadir pada majlis tersebut iaitu Pengerusi Sabah Electricity, Datuk  Seri Wilfred Madius Tangau; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar.

Related Posts

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

KUANTAN – Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 selama dua hari yang bermula hari ini, menerima penyertaan menggalakkan daripada penduduk taman perumahan sekitar. Program di bawah Geran Perpaduan Kementerian Perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16