Bekalan elektrik MRSM Sandakan dipulihkan, sesi pembelajaran diteruskan

SANDAKAN –  Gangguan bekalan elektrik yang melanda Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan akhirnya dipulihkan dan sesi pembelajaran dapat diteruskan seperti biasa.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau menerima pelbagai maklum balas daripada komen-komen di media sosial serta panggilan langsung daripada ibu bapa dan rakan-rakan mengenai gangguan bekalan elektrik yang melanda MRSM Sandakan.

Beliau berkata, gangguan ini berlaku akibat pemotongan bekalan oleh Sabah Electricity yang disebabkan oleh kecuaian Syarikat Elektrik Sabah (SEH) Power Sdn. Bhd.

Katanya, MRSM Sandakan tidak pernah culas dalam membayar bil bulanan elektrik yang dikeluarkan oleh SEH Power Sdn. Bhd.

“Namun, masalah timbul apabila syarikat tersebut gagal membayar tunggakan bil kepada Sabah Electricity yang menyebabkan pemotongan bekalan elektrik di kawasan Hab Pendidikan Sandakan merangkumi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sekolah Vokasional termasuk MRSM Sandakan.

“Gangguan tersebut menyebabkan para pelajar terpaksa belajar di luar kelas dalam keadaan yang kurang selesa.

“Bagi menangani masalah ini, saya segera menghubungi Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya untuk mencari penyelesaian segera.

“Alhamdulillah, dengan bantuan Menteri Kerja Raya Sabah bekalan elektrik akhirnya dipulihkan dan sesi pembelajaran di MRSM Sandakan dapat diteruskan seperti biasa di dalam kelas bermula pada pukul 12.30 tengah hari Selasa,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau memahami akan kebimbangan ibu bapa dan pihak sekolah mengenai isu ini.

“Oleh itu, MARA sentiasa komited untuk memastikan kebajikan serta keselesaan pelajar-pelajar MRSM di seluruh negara tidak terjejas.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menyelesaikan isu ini dengan pantas,” ujarnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok