Lelaki dikhuatiri hilang, kereta ditemukan di kebun sawit

TENOM – Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas hanya keretanya ditemukan di dalam kawasan kebun sawit berhampiran tepi sungai, Jalan Kemabong, di sini, pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mudi Pengiran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada pukul 11.18 pagi.

“BBP Tenom menerima laporan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom berkenaan kes mangsa tersebut yang berumur 26 tahun dilaporkan hilang oleh adik sepupunya selepas gagal dihubungi sejak Jumaat lalu.

“Menurut laporan daripada adik sepupu mangsa, hanya sebuah kenderaan Myvi berwarna silver milik mangsa berjaya ditemukan di kawasan kebun sawit tersebut.

“Adik sepupu mangsa yang sebelumnya berjaya mengesan kereta tersebut melalui GPS telefon bimbit mangsa kemudian bergegas ke lokasi kejadian, namun tidak menemukan mangsa di situ,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Mudi, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dilakukan pasukan bomba pada pukul 12.36 tengah hari, selepas menerima laporan kes itu.

“Pasukan bomba bersama jentera penyelamat tiba di lokasi dalam jarak 13 kilometer (km) menjalankan pencarian dengan berjalan kaki menyusuri sungai sejauh 1.6km dari lokasi mangsa dikhuatiri hilang.

“Bagaimanapun mangsa masih belum ditemukan dan operasi SAR ditangguhkan pada pukul 4.50 petang.

“Operasi akan disambung pada hari ini iaitu Rabu dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Related Posts

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya
  • AdenAden
  • October 4, 2026

BATU PAHAT – Tiga pelajar lelaki ditahan setelah disyaki ada kaitan dengan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Oleh Jasmine Ae, Nana Mohamad dan Eveline B KUCHING – Isu kos sara hidup, pengekalan bantuan kewangan, peluang pekerjaan serta sokongan kepada golongan mahasiswa merupakan antara harapan utama yang disuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

  • By Aden
  • October 4, 2026
Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah

Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah